May 2020 - KhatyAiman May 2020 - KhatyAiman

Bayar Guna Maybank QRPay Dapat Cashback Apabila Anda Membeli-Belah Di PG Mall

khatyaiman | 5/20/2020 10:00:00 am | 1 Komen

Bayar Guna Maybank QRPay Dapat 20% Cashback Apabila Anda Membeli-Belah Di PG Mall

Ke sana ke sini kebanyakannya menggunakan pembelian melalui dalam talian. Sudah semestinya kalau nak membeli, nak cari satu kedai atau tempat dalam talian menyediakan pelbagai jenis barang yang anda mahu kan? PG Mall  ( https://pgmall.my/Source=Blogger&BloggerID=147 ) Platform E-dagang nombor 1 di Malaysia dan satu-satunya platform e-dagang tempatan sejak 2017 dan kini semakin berkembang maju. 


Program MAGGI® Bubur Lambuk Langkah Seterusnya dalam Program Bantuan Nestlé Cares Covid19

khatyaiman | 5/19/2020 05:00:00 pm | 2 Komen

Mengagihkan 120,000 Bubur Lambuk berkhasiat dan 20,000 Pek Makanan kepada masyarakat kurang bernasib baik

PETALING JAYA, 19 Mei 2020 – Berbekalkan semangat Ramadan, MAGGI® menyediakan makanan untuk lebih 120,000 rakyat Malaysia sepanjang bulan puasa. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada sumbangan RM15 juta Nestlé Malaysia dalam usaha membantu memerangi wabak Covid-19 di bawah inisiatif Nestlé Cares selaras dengan komitmen Syarikat untuk menyokong rakyat Malaysia pada masa yang mencabar ini.
 

RAYA SEMPOI 2.0.2.0 BERSAMA TOUCH ‘N GO EWALLET KERANA SEMUANYA #LEBIH BANYAKEKSTRA!

khatyaiman | 5/19/2020 02:30:00 pm | 0 Komen

‘Lebih’ Senang buat Bayaran Zakat Fitrah Selangor, ‘Banyak’ Promosi Raya dan Pulangan Tunai  e-Baucar serta cara pindahkan Duit Raya yang ‘Ekstra’ selamat.      

Kuala Lumpur, 19 Mei 2020  – Raikan Hari Raya secara tanpa tunai dan tanpa sentuh, selari dengan norma baharu kini bersama Touch ‘n Go eWallet, yang membawakan Raya Sempoi 2.0.2.0. dengan ganjaran yang #lebihbanyakekstra! 

Antabax Ganding Bahu bersama MYDIN Kutip Dana Amal

khatyaiman | 5/08/2020 11:23:00 am | 2 Komen

Antabax Ganding Bahu bersama MYDIN Kutip Dana Amal
RM0.10 dari hasil jualan produk Antabax di cawangan MYDIN seluruh negara
akan disalurkan ke organisasi terpilih

Shah Alam, 8 Mei 2020 – Antabax, jenama produk penjagaan diri antibakteria Halal No. 1 di Malaysia, akan menyertai program Tanggungjawab Sosial Korporat MYDIN, MYDIN Prihatin: Zahirkan Kesyukuran, Semarakkan Keriangan 2020.


Dalam kutipan dana yang berlangsung dari 13 April hingga 21 Jun 2020 ini, sebanyak RM0.10 daripada setiap hasil jualan semua produk Antabax dari setiap cawangan MYDIN di seluruh negara akan disalurkan kepada penyediaan keperluan asas bagi golongan asnaf (kumpulan penerima zakat) serta rumah anak yatim yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Antabax merupakan antara 5 jenama yang mengambil bahagian dalam edisi kedua program amal pengumpulan dana MYDIN Prihatin. Sempena ulangtahun ke-63 MYDIN pada bulan Ogos ini, serta musim persediaan Kembali ke Sekolah pada bulan Disember, hasil kutipan dana tahun ini akan didermakan kepada golongan keluarga kurang bernasib baik, rumah anak yatim dan rumah jagaan orang tua.

Wabak Covid-19 nyata telah menjejaskan ekonomi di seluruh dunia. Antara yang paling terkesan adalah mereka yang berisiko tinggi terutamanya golongan kurang bernasib baik.

Dalam mengekang penularan, orang ramai disarankan agar kerap mencuci tangan menggunakan sabun dan air, menggunakan cecair disinfektan serta mandi sebaik pulang dari kawasan yang sesak. Produk Antabax seperti krim mandian, sabun tangan, sabun mandi, penyembur dan gel disinfektan, serta tisu lembap antibakteria yang menawarkan perlindungan 24 jam daripada 99.9% kuman berbahaya, boleh didapati di cawangan MYDIN di seluruh negara. Semua produk Antabax disahkan Halal dan boleh digunakan dengan yakin oleh pengguna Muslim.


“Wabak Covid-19 telah menyaksikan peningkatan permintaan produk Antabax ekoran saranan pencucian tangan dan permukaan serta mandian yang kerap bagi mengekang penularan. Sebagai warga korporat yang prihatin, kami ingin membantu komuniti yang memerlukan ketika ini,” jelas Francis Ng, Pengurus Besar Kanan Antabax.

“Sebagai satu jenama kebanggaan Malaysia, Antabax memahami cabaran yang dihadapi masyarakat tempatan. Dalam waktu yang sukar ini, kita perlu menghayati semangat #KitaJagaKita dan menghulurkan bantuan. Kami berbangga dapat bekerjasama dengan MYDIN dalam usaha membantu mereka yang lebih memerlukan,” tambah beliau.

Melalui program MYDIN Prihatin yang pertama pada tahun 2019, Antabax telah menyumbang sekitar RM18,000 kepada 14 buah rumah kebajikan di seluruh negara.

“Kami amat menghargai sokongan Antabax dalam menyertai usaha yang mulia ini bagi membantu golongan kurang bernasib baik. Usaha MYDIN Prihatin yang sebelum ini telah berjaya mengumpul lebih daripada RM150,000 untuk amal jariah. Kami berharap agar dapat mendatangkan lebih kegembiraan tahun ini, terutamanya pada waktu yang sukar ini,” jelas Datuk Wira (Dr.) Hj Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad.

“Sumbangan berbentuk tunai serta barangan kini jauh berkurangan sejak bermulanya wabak Covid-19 berikutan kesukaran yang dihadapi semua orang. Kami menghargai usaha MYDIN Prihatin dan sokongan yang kami terima dari Antabax. Bagi kami sumbangan ini sangat membantu, dan kami berasa bersyukur,” ujar seorang wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Sertai komuniti Antabax dan ketahui lebih lanjut mengenai kempen dan inisiatif terkini dengan melayari laman Facebook rasmi Antabax di www.fb.com/NewAntabax atau @antabax di Instagram.

Wall’s Berganding Tenaga Dengan Tealive Untuk Kolaborasi Pertamanya Memperkenalkan Wall’s Special Edition Tealive Boba Ice Cream

khatyaiman | 5/05/2020 11:42:00 am | 2 Komen

Wall’s Berganding Tenaga Dengan Tealive Untuk Kolaborasi Pertamanya Memperkenalkan Wall’s Special Edition Tealive Boba Ice Cream


KUALA LUMPUR – Anda mungkin fikir kegilaan boba telah pudar di Malaysia, namun interpretasi semula minuman kegemaran ramai ini muncul pula, apabila jenama ais krim ternama Malaysia, Wall’s memperkenalkan rekaan terkininya melalui kolaborasi dengan rangkaian bubble milk tea, Tealive – Wall’s Special Edition Tealive Boba Ice Cream. 
 

Libresse® Memperkenalkan Kempen “KNOW YOUR V” untuk Meningkatkan Kesedaran Zon-V Di Kalangan Wanita

khatyaiman | 5/01/2020 08:00:00 am | 0 Komen

 Hasil tinjauan menunjukkan dua daripada tiga wanita tidak cukup tahu mengenai Zon-V mereka sendiri
Permainan-atas meja pertama dilancarkan, untuk memecahkan tabu dan mendidik wanita mengenai Zon-V, dengan senario sebenar untuk meraih keyakinan sosial

Libresse® melancarkan kempen “KNOW YOUR V” untuk memberi pengetahuan dan fakta kesihatan tentang Zon-V supaya lebih ramai wanita mendapat maklumat dan memperkasakan ilmu mengenai badan mereka sendiri, dan boleh menentukan aspek penting berkaitan kesihatan mereka.
 
KhatyAiman © . Designed by MaisarahSidi.com