June 2015 - KhatyAiman June 2015 - KhatyAiman
Textual description of firstImageUrl

#Cabaran 20Hari PuasaRaya 2015

khatyaiman | 6/30/2015 12:00:00 am | 5 Komen
Assalamualaikum w.b.t

#Cabaran 20Hari | Menu Wajib Bulan Puasa

http://khatyaiman.blogspot.com/2015/06/cabaran-20hari-puasaraya-2015_30.html
http://khatyaiman.blogspot.com/2015/06/cabaran-20hari-puasaraya-2015_30.html
http://khatyaiman.blogspot.com/2015/06/cabaran-20hari-puasaraya-2015_30.html
sumber google
Textual description of firstImageUrl

#Cabaran 20Hari PuasaRaya 2015

khatyaiman | 6/29/2015 12:00:00 am | 4 Komen
Assalamualaikum w.b.t

#Cabaran 20Hari | Resepi Hidangan Sahur

 
http://khatyaiman.blogspot.com/2015/06/cabaran-20hari-puasaraya-2015_29.html
 Makanan wajib yang semestinya ada di rumah khaty waktu sahur adalah ayam masak kicap..Senang dan cepat dan tidak pedas.Cili itu hanya untuk hiasan….hehehehe

ketuk kerat si daging ayam
untuk di masak dengan si kicap
masuk sahur jangan lah berjam
yang simple itu pastinya sedapppppp

Baca di sini Cabaran hari ke 2


#Cabaran20Hari,
#exchangefeedgroup
#kelabbloggerbenashaari 
#bukansekadarblogger
 
#bukansembangkosong 

Luahkan apa saja,yang penting enjoy

Textual description of firstImageUrl

#Cabaran 20Hari PuasaRaya 2015

khatyaiman | 6/28/2015 12:00:00 am | 1 Komen
Assalamualaikum w.b.t

#Cabaran 20Hari | Pengalaman Sahur


http://khatyaiman.blogspot.com/2015/06/cabaran-20hari-puasaraya-2015_28.html
Sahur..sahur..sahur…
Masa khaty belajar dulu,roommate akan jerit sebut perkataan sahur..memang semua kena bangun sebab suara dia masyaAllah..hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.Tapi bagus jugak disebabkan dia ramai yang tidak ponteng sahur dan puasa..

#Cabaran 20Hari PuasaRaya 2015

khatyaiman | 6/27/2015 11:00:00 pm | 4 Komen
Assalamualaikum w.b.t

#Cabaran 20Hari | Erti Puasa Bagi Anda

Sempena bulan ramadhan yang mulia ini,pastinya ramai telah mengatahui APA yang dimaksudkan dengan puasa..APA pendapat anda?pada pendapat khaty,puasa itu bermaksud menahan lapar Dan dahaga serta tidak melakukan perkara2 yang boleh membatalkan puasa..senang kan..
 
Textual description of firstImageUrl

Cabaran 20 Hari Puasa/ Raya 2015

khatyaiman | 6/26/2015 04:00:00 pm | 1 Komen
Assalamualaikum w.b.t

 #Cabaran20Hari untuk menguji adakah anda blogger TEGAR?


Sesungguhnya cabaran dan dugaan itu hadir untuk menguji kekuatan kita. Kali ini, #Cabaran20Hari untuk menguji adakah anda blogger TEGAR?

#Cabaran20Hari adalah cabaran selama 20 hari di mana setiap hari anda perlu membuat entri menggunakan tajuk yang di beri beserta kata kunci atau keyword   #Cabaran20Hari di dalam setiap entri.

Cabaran akan bermula pada 27 Jun 2015 sehingga 16 Julai 2015. 
 
Textual description of firstImageUrl

Senarai bazar ramadhan pulau pinang

khatyaiman | 6/25/2015 12:00:00 am | 3 Komen
Assalamualaikum w.b.t

“” Senarai bazar2 Ramadhan dalam Pulau Pinang “” 

 Bersempena bulan ramadhan almubarak yang sedang kita jalani sekarang,sudah tentu yang paling dicari dan sinonim dengan bulan ramadhan adalah bazaar ramadhan..terutamanya bagi mereka yang bermastautin di pulau pinang,boleh la mengunjungi ke bazaar yang berdekatan..nak tahu dekat mana bazaar yang di buka, mai khaty nak habaq sikit..

Air Itam
Kampung Melayu (50 stalls)
Jalan Pasar (30 stalls)

Balik Pulau
Masjid Daerah Barat Daya, Simpang Empat (90 stalls)

Batu Maung
Taman Iping – Gegili Jalan (20 stalls)

Bayan Baru
Kompleks Bukit Gedung (40 stalls)
Lengkok Mahsuri Bayan Baru (20 stalls)
Giant Bayan Baru – car park (26 stalls)

Bayan Lepas
Jalan Mahkamah Bayan Lepas (300 stalls)
Kompleks Bukit Jambul (24 stalls)

George Town
Lebuh Queen – Little India (17 stalls)

Gelugor
Pejabat Pos Gelugor – Tapak TPS (46 stalls)
Hadapan Perumahan Kastam – Gegili Jalan (15 stalls)
Pasar Taman Tun Sardon (52 stalls)

Jelutong
Masjid Sungai Pinang (142 stalls)

Sungai Nibong
Pasar Malam Jalan Aziz Ibrahim (100 stalls)
Masjid Sungai Nibong Basar (40 stalls)

Tanjung Tokong
Simpang Tiga, Jalan Tanjung Tokong Lama
Tesco Sri Pinang, Jalan Tanjung Tokong
Jalan Sentosa (80 stalls)

Teluk Kumbar
SMK Teluk Kumbar (15 stalls)

SEBERANG PERAI
Bukit Mertajam
Alma (78 stalls)
Taman Pelangi (30 stalls)
Jalan Taman Guar Perahu (50 – 75 stalls)
Jalan Sejahtera, Taman Sejahtera (30 stalls)
Parit Busuk, Kubang Semang (150 stalls)
Taman Ciku (50 stalls)
Taman Sentosa (30 stalls)

Butterworth
Taman Desa Murni, Jalan Sungai Dua
Masjid Bagan Dalam (10 stalls)
SMK Telok Air Tawar (100 stalls)

Penaga 
– nearby MPSP stall (56 stalls)
Jalan Bagan Luar – In front of Lodge 18 (60 stalls)

Juru
Jalan Taman Delima (30 stalls)

Kepala Batas
Kawasan Kompleks Dato’ Kailan (30 stalls)
Masjid At Taqwa, Taman Bertam (92 stalls)
Bandar Putra Bertam (30 stalls)
SK & SMK Bertam Perdana (30 stalls)
Kompleks Tasek Gelugor (50 – 75 stalls)

Nibong Tebal
N.Tebal depan Yawata (30 stalls)
Sungai Bakap (50 stalls)
Jawi (30 stalls)
Sungai Duri (25 stalls)
Jalan Sungai Chenaam – next to Tapak Perda (30 stalls)
Taman Sinar (106 stalls)
Masjid Qaryah Seri Ampangan (30 stalls)

Seberang Perai
Masjid Daerah Seberang Perai Tengah (100 stalls)
Taman Pauh Indah (80 stalls)

Seberang Jaya
Between Medan Selera and Pasar Jalan Tenggiri – car park (58 stalls)
Taman Arowana (30 stalls)

Simpang Ampat
Stadium Batu Kawan – car park (20 stalls)
Jalan Tasek 2 (30 stalls)
Medan Selera Simpang Ampat (30 stalls)

Sungai Dua
Pasar Malam Desa Murni (150 stalls)

Bukan lah maksud khaty hendak meminta anda pergi kesemua tempat itu,bagi yang berdekatan boleh saja,nak jalan-jalan juga boleh..akan tetapi beringatlah apabila anda berada di bazaar,beli la apa yang perlu sahaja,jangan pula ikut hawa nafsu yang lapar,takut nanti berlaku pembaziran..walaupun syaitan dikatakan ‘telah dikuarantin’ selama sebulan,tapi amalan pembaziran itu juga kan amalan yang di sukai oleh syaitan..maaf jika agar terkasar bahasa..jika ada yang tersalah ayat ampun dan maaf dipinta sempena bulan baik ramadhan almubarak ini..

Luahkan apa saja,yang penting enjoy
Textual description of firstImageUrl

Kecantikan Semulajadi Bersama Madeena Skincare by Helenz Signature

khatyaiman | 6/24/2015 11:00:00 am | 3 Komen
Anda ingin kelihatan lebih anggun bergaya di Aidil Fitri ini? Malu dengan masalah jerawat anda? Anda mempunyai kulit muka kusam?

Jika anda ada masalah itu jangan pergi dari sini


Jawapan ada di sini!!


Lihat apa yang terjadi pada kulit muka mereka ini. Semakin bersinar dan berseri.

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Testimoni Madeena Skincare by Helenz Signature

Madeena Skincare by Helenz Signature

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Logo Helenz Signature


Memperkenalkan Madeena Skincare by Helenz Signature. Produk yang disahkan Halal, mendapat jaminan KKM dan juga diformulasikan dengan teknologi terkini dengan menggunakan bahan semulajadi.

Manfaat Madeena Skincare by Helenz Signature

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Madeena Skincare by Helenz Signature

Dapatkan Madeena Skincare by Helenz Signature yang mampu:-
  1. Mencerahkan dan Melembapkan Kulit
  2. Mengecutkan Jerawat dan Menghilangkan Jeragat
  3. Menghilangkan Whitehead dan Blackhead
  4. Menghilangkan Kulit Kusam dan Tidak Bermaya
  5. Menghilangkan Kesan Lebam di Bawah Mata
  6. Menyingkirkan Minyak Berlebihan Pada Wajah
  7. Merawat Tekstur Kulit dari Dalam
  8. Melindungi Kulit Muka dari sinaran terus UV
  9. Menghilangkan Garis-Garis Halus dan Kedutan Pada Wajah
  10. Menjadikan Wajah Lebih Cantik, Berseri dan Tampak Muda!

Harga Madeena Skincare by Helenz Signature

Dengan hari raya yang akan datang tidak lama lagi, marilah kita mempersiapkan penampilan kita.

Harga yang ditawarkan amat berbaloi. 5 in 1 complete set dengan harga RM150 dan mampu menaikkan seri muka anda. Ianya sangat BERBALOI

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Madeena Skincare by Helenz Signature

Testimoni Madeena Skincare by Helenz Signature


Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Testimoni Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan


Jadi, apa tunggu lagi?


Khas untuk pembaca blog www.khatyaiman.blogspot.com, saya ada kuota voucher diskaun RM20 untuk mereka yang pertama kali nak mencuba Helenz Signature. Harga biasa ialah RM150. Selepas tolak diskaun, jadi RM130 saja. SANGAT BERBALOI kan? Dengan harga tersebut, boleh dapat 5 in 1 Helenz Signature Skincare Set. Free Poslaju pulak tu.

Namun, anda harus tahu, voucher ini Khas untuk 5 Pembeli terawal Sahaja. Anda harus cepat bertindak.. Jangan sampai Hq reply ‘Maaf, kupon diskaun dah habis’. 

Whatsapp kod ini sekarang: HSD130 dan hantar ke 013-3155 373

Jom jadi yang terawal untuk mendapatkan diskaun Khas ini.

Helenz Signature, Menyempurnakan Kejelitaanmu….



Cara pembelian Madeena Skincare

Pembelian boleh di buat terus dengan menghubungi:

1. Helenz Signature HQ
013-3155373 (Aishah) (Whatsapp/call)

2. Facebook page
Helenz Signature Official

3. Instagram
@helenzofficial

4. Website
www.helenz.my

Agent & Stokis diperlukan
Disamping wajah anda menjadi lebih cantik dan berseri, anda juga boleh menjana pendapatan bersama Helenz Signature. Jom Whatsapp segera ke 013-3155373 (Aishah)


Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
As seen on

Nantikan juga kemunculan

MADEENA SKINCARE
by
HELENZ SIGNATURE
pada 
13 JUN 2015
dalam
NASI LEMAK KOPI O

Sihat sebelum Sakit

khatyaiman | 6/24/2015 12:00:00 am | 0 Komen
Assalamualaikum w.b.t

Apabila wanita itu sakit..


Beberapa hari yang lalu,kami sekeluarga dikejutkan dengan berita emak pengsan di sebuah masjid.Kejadian berlaku lebih kurang pada jam 12.30 tengah hari.Emak yang sehingga hari tersebut tidak pernah pula kedengaran sakit,nampak sihat sentiasa,tiba-tiba pengsan..
Textual description of firstImageUrl

Review | Bizkad Murah Beli 10 percuma 10

khatyaiman | 6/23/2015 06:00:00 am | 3 Komen
Assalamualaikum w.b.t

 Review | Bizkad Murah Beli 10 percuma 10

KAD BISNES MURAH | BELI 10 PERCUMA 10 | Wooowwwww ! PROMOSI TERLAJAK MURAH SEMPENA RAYA YANG BAKAL TIBA NI. Dengan hanya membeli 10 kotak bisnes kad anda akan menerima 10 kotak lagi!!  Siapa yang taknak lepaskan peluang keemasan ni ! Kenapa perlu ada Bisnes Kad? 
  • Salah satu medan promosikan produk jualan anda.
  • Satu alternatif untuk tingkatkan ‘branding’ barangan anda.
  • Menambah kenalan dan network lebih luas.
Kepentingan kepada Blogger, bisnes kad atau blogger kad ini sangat penting. Lagi-lagi blogger #retis dan #otai amat memerlukan Bisnes kad bagi meningkatkan lagi branding Blog disamping menambah kenalan blogger. Pasti susah jika rakan baru mahu mengingati nama blog anda, bukankah Bisnes kad banyak membantu?

Sekiranya anda mahukan dalam kuantiti yang sedikit. Berikut adalah pakej yang lain:
  1.  1 box/100pcs = RM26
  2.  3 box/300pcs = RM53
  3.  5 box/500pcs = RM75
  4. 10box/1000pcs = RM110 (Free 10box)
*harga tidak termasuk design dan postage
bizkad murah


  • Material : Art Card Matt Lamination
  • Jenis : 260gsm art paper
  • Kalis Air
  • Elegent dan profesional 
  • Tahan Lama berbanding kertas biasa 
  • Laminate yang tidak licin dan tidak bersinar
  • Warna lebih tepat dan cantik
Sticker murah

Sekiranya anda mahu selit tempahan sticker, pakej kad kahwin murah, banner, bunting, dan lain lain perkhidmatan printing.. Boleh hubungi:

Dalizgrafix
IG :  @dalizgrafixWhatsapp: +6012 3644 805
WechatID: dalizgrafix2
Facebook : Adam’s Print Shoppe / dalizgrafixEmail: dalizgrafix@gmail.com

SOAL JAWAB PUASA DAN HARI RAYA

khatyaiman | 6/20/2015 01:57:00 pm | 1 Komen
Assalamualaikum w.b.t

134 Soal Jawab Tentang Puasa dan Hari Raya Aidilfitri (Ustaz Azhar Idrus)

1.Batal tak puasa kalau pakai earphone kat lubang telinga?
Tak batal
2.Apakah hukum bermain mercun di bulan puasa?
Yang tak berbahaya makruh sebab bakar duit. Yang berbahaya haram.
3.Apakah hukum kita berhias diri pada hari raya?
Sunat berhias diri pada hari raya.
4.Apakah hukum pasang pelita kat halaman rumah pada 10 hari terakhir?
Kalau nak cerahkan halaman rumah, harus. Kalau raikan 10 malam terakhir atau malam raya, bida'ah.
5.Sah tak puasa ganti Ramadhan kalau niat tidak dikhususkan?
Kena tentukan dalam niat puasa ganti Ramadhan.
6.Hadith berkenaan 10 malam pertama Ramadhan adalah rahmat, 10 malam pertengahan adalah maghfirah dah 10 malam terakhir adalah pembebasan dari neraka itu sahih ke tidak?
Dhaif, boleh amal dan boleh sebarkan.
7.Macam mana kalau suka gigit kuku di bulan puasa?
Batal jika ditelan kuku itu selepas digigit.
8.Apa hukumnya masih makan waktu azan Subuh berkumandang.
Batal puasa.
9.Kalau menangis batal tak puasa?
Tak batal walaupun sebulan menangis.

Siapakah yang pertama??

khatyaiman | 6/19/2015 06:00:00 am | 2 Komen
Assalamualaikum w.b.t

Pertama yang Luarbiasa


Org pertama cipta telefon ? Alexander Graham Bell .. 

kalau org pertama tulis bismillah ??????? kalau anak-anak tanya kepada ibubapa…berpeluh nak jawab ni!.. simpan nota ini.

      30 ORANG YANG
PERTAMA DALAM ISLAM

———————————
Textual description of firstImageUrl

Kelebihan Solat Terawih

khatyaiman | 6/18/2015 01:35:00 pm | 2 Komen
Assalamualaikum w.b.t

FADHILAT SOLAT TERAWIH

 http://khatyaiman.blogspot.com/2015/06/kelebihan-solat-terawih.html

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :

MENU BULAN RAMADHAN

khatyaiman | 6/18/2015 08:39:00 am | 4 Komen
Assalamualaikum w.b.t

30 MENU LAZAT SEPANJANG RAMADHAN

1. Tilawah al Quran sejuzuk sehari paling kurang.
2. Solat tarawih minima 8 rakaat setiap mlm.
3. Solat Witir minima 3 rakaat semalam.
4. Beri makan orang berbuka puasa walaupun dengan sebiji tamar setiap hari.
4. Solat fardhu 5 waktu berjamaah setiap hari.
5. Tahajud setiap malam minima 2 rakaat.
6. Sunat dhuha setiap pagi.
Textual description of firstImageUrl

Exchange Feed Group

khatyaiman | 6/18/2015 12:00:00 am | 1 Komen
  Assalamualaikum w.b.t

Pertama kali terserempak pasal EFG adalah apabila khaty sedang Blogwalking di blog blogger hebat irrayan..masih samar-samar pada mulanya,akan tetapi apabila khaty dan irra mula berbalas whatssapp hanya mengenai kehidupan seharian,akhirnya irra telah menerangkan serba sedikit mengenai EFG..macam berminat,khaty pun terus beritahu irra untuk sesi percubaan dan akhirnya kekal sehingga ke hari ini..seronok sangat sebab irra merupakan wanita yang kuat semangat untuk meneruskan dan menjaga komuniti EFG agar berjalan dengan lancar dan selesa..Irra juga merupakan pengetua yang tegas tapi masih ada sifat kelembutan sebagai seorang wanita..ahli-ahli lembaga yang lain juga turut memberikan kerjasama yang sangat tip top untuk menjayakan EFG ini..I LOVE FAMILY EFG..Jemput baca sedikit testimoni merangkap pengalaman setiap ahli apabila mereka di terima sebagai ahli EFG

Exchange Feed Group 



Exchange Feed Group Blogger Awesome
Exchange Feed Group Blogger Awesome
 
 

Bantuan Khas Kewangan RM500

khatyaiman | 6/17/2015 12:49:00 pm | 7 Komen
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah,kepada penjawat awam yang terlibat di mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan berita gembira semasa berucap di Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kali-14 di Pusat Konvensyen Putrajaya(PICC) dengan tema Mendepani Realiti Baru Negara.

Penjawat awam terima bonus raya RM500

 

 

Textual description of firstImageUrl

Kenaikan Elaun Tetap Perumahan ITP

khatyaiman | 6/17/2015 12:27:00 pm | 3 Komen
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah,kepada penjawat awam yang terlibat di mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan berita gembira semasa berucap di Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kali-14 di Pusat Konvensyen Putrajaya(PICC) dengan tema Mendepani Realiti Baru Negara.

Kadar terendah elaun tetap perumahan naik

http://khatyaiman.blogspot.com/2015/06/kenaikan-elaun-tetap-perumahan-itp.html
 

Ping Entri Ke Semua Facebook Group Dengan Satu Klik

khatyaiman | 6/16/2015 06:00:00 am | 8 Komen
Assalamualaikum w.b.t

PING ENTRI KE SEMUA FACEBOOK GROUP DENGAN SATU KLIK 

Ping entri kita penting untuk tarik traffik ke blog . Antaranya adalah dengan ping entri ke group-group facebook . Kalau ada yang tertarik dengan entri kita kemungkinan dia akan klik dan baca entri kita . Mesti ada punya , tak banyak pon sikit jadi la dari beribu pengguna dalam satu group tu .

Ping Entri Ke Semua Facebook Group Dengan Satu Klik

Macam mana cara cepat nak ping ke group-group facebook ? ? Kalau satu-satu leceh la . Nak-nak pula internet lembab , memang makan masa nak tunggu loading satu-satu group . Kat sini adalah antara cara mudah nak ping entri kita ke seluruh group di facebook .
Cara-caranya :

1 . Login ke akaun facebook kita
3 . Gantikan url dalam kotak ‘ URL to send ‘ dengan url link entri kita

4 . Tekan button ‘ Send

5 . Url yang kita nak send akan keluar macam kat bawah

6 . Pilih group untuk kita send url di ruangan ‘ Recipients ‘ . Pilih banyak-banyak pun tak apa
 7 . Tulis sikit ayat untuk tarik pembaca supaya baca entri kita dalam kota ‘ Message ‘ . Nak biarkan kosong pun tak apa

8 . Lepas dah rasa ok semua , tekan button ‘ Send
facebook develepor send button
9 . Selesai
Mudah kan ? ? Jimat dah masa dari send satu-satu link ke group facebook . Kalau tak percaya link kita tadi dah send , boleh buka group facebook tersebut dan tengok ada ke tak . Dapat lah kita tarik traffik ke blog dari facebook . Semoga bermanfaat .

Textual description of firstImageUrl

Review – Q’SARRA BEAUTY SKINCARE

khatyaiman | 6/15/2015 09:16:00 am | 0 Komen
  Assalamualaikum w.b.t

Q’SARRA BEAUTY SKINCARE



Produk Q’Sarra Beauty Skincare adalah produk kecantikan dari Malaysia, selamat digunakan dan dijamin berkesan serta telah mendapat kelulusan GMP Dan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia). Tak perlu ragu-ragu jika digunakan.

produk hilangkan jeragat

Produk Q’Sarra Beauty diformulasikan dengan menggunakan bahan seperti Collagen, Serbuk Mutiara, Argan Oil,Vitamin E dan Vitamin C. Produk ini bebas dari bahan kimia berbahaya.

PERUBAHAN PADA WAJAH ANDA SEAWAL 7 HARI

Produk Q’Sarra Beauty Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit Muka. Q’Sarra Beauty Skincare dapat membantu pelbagai jenis masalah kulit muka:-

✔ Menghilangkan kedutan
✔ Mengatasi masalah jerawat
✔ Mengatasi masalah jeragat
✔ Menyerikan kulit yang kusam
✔ Menghilangkan jerawat & parut bekas jerawat
✔ Menghilangkan & menyamarkan blackhead & whitehead di wajah
✔ Mengecilkan pori-pori
✔ Pigmentasi atau warna kulit tidak sekata
✔ Mencerahkan & memutihkan warna kulit
✔ Meremajakan & membuatkan kulit nampak bercahaya
✔ Menegangkan kulit muka
✔ Mengatasi msalah kulit muka hangus
✔ Mengatasi kulit berminyak
✔ 100% Satisfaction

Produk Q’Sarra Beauty Skincare ini berupaya membantu anda merawat dan mencegah pelbagai jenis masalah kulit muka seperti jerawat & jeragat yang teruk,parut-parut jerawat & jeragat, white&black head,kulit kusam,kulit kering,kulit berminyak,tona tidak sekata,mencerahkan & memutihkan warna kulit dan pelbagai lagi masalah yg lain.



Tidak hairanlah mengapa pengguna Q’Sarra Beauty berpuas hati dan menjadi pengguna setia setelah mencubanya. Q’Sarra Beauty Skincare adalah produk kecantikan Bumiputera dari Malaysia dan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya. Telah diakui oleh Biro Farmaseutikal Kementerian Kesihatan Malaysia.

KEISTIMEWAAN


Q’Sarra Collagen Soap Gold
produk hilangkan jeragat
  • mampu mencerahkan kulit secara semulajadi
  • mengecutkan jerawat
  • mengataasi masalah jeragat, kulit kering, kulit kusam dan wajah akan jadi lebih bersih, lembut dan tegang selepas dicuci
  • sesuai untuk semua jenis kulit
Q’Sarra Day Cream (SPF 30)
produk hilangkan jeragat
  • dapat membantu menghilangkan jeragat, bintik-bintik hitam dan parut
  • mencerahkan kulit wajah dan membantu menghilangkan kedutan di wajah
  • melindungi wajah dari sinaran cahaya matahari dengan SPF30
  • boleh dijadikan alas bedak atau foundation bagi mencegah debu dan kotoran pada wajah
  • sesuai untuk semua jenis kulit
Q’Sarra Night Cream
produk hilangkan jeragat
  • membuang sel-sel kulit mati
  • merawat pada waktu malam dengan kulit lebih halus dan tegang
  • menghapuskan jeragat, jerawat, parut dan pigmentasi
  • melembabkan dan mengebukan kulit
  • memberi kelembapan pada kulit muka
  • mengecilkan Pori-pori
  • mengembalikan keremajaan kulit
  • anti kedutan
  • mencerahkan Kulit muka
  • sesuai untuk semua jenis kulit

CARA-CARA PENGGUNAAN SET Q’SARRA BEAUTY SKINCARE

  1. Basuh muka & leher guna soap collagen gold Q’sarra Beauty. Jika anda memakai mekap seperti foundation atau compact powder, cuci muka dengan soap collagen gold Q;sarra Beauty ulang cara yang sama sebanyak 2kali (double cleanse) kerana siap collagen gold Q’sarra Beauty mampu mencuci dengan bersih make-up anda tanpa mengguna make-up remover.
  2. Olehkan(sapukan) Day Cream Q’sarra Beauty keseluruh wajah dan leher. Day Cream Q’sarra Beauty juga boleh disapukan dikelopok dan kawasan mata. Tidak perlu sapuan yang terlalu tebal kerana kulit wajah hanya menyerap apa-apa krim dalam kuantiti yang memadai dan diperlukan sahaja, yang selebihnya tidak akan memberi apa-apa manfaat dan membazir sahaja.
  3. Pada waktu malam, ulangi cara 1 diikuti dengan sapuan night cream Q’sarra Beauty keseluruh wajah dan leher. Sebaiknya sapuan night cream Q’sarra Beauty ini dilakukan 1 jam sebelum tidur. Night cream Q’sarra Beauty juga boleh disapukan dikelopok dan kawasan mata. Tidak perlu sapuan yang terlalu tebal kerana kulit wajah hanya menyerap apa-apa krim dalam kuantiti yang memadai dan diperlukan sahaja, yang selebihnya tidak akan memberi apa-apa manfaat dan membazir sahaja.

Testimoni pelanggan:

produk hilangkan jeragat

produk hilangkan jerawat

produk hilangkan jerawat

Tempahan dan Pertanyaan

Sebarang tempahan dan pertanyaan, boleh hubungi terus nombor ini melalui aplikasi Whatsapp ataupun mesej

produk hilangkan jerawat



Hanya 3 hari

khatyaiman | 6/14/2015 06:00:00 am | 2 Komen
Assalamualaikum w.b.t

Hidup Kita Cuma Dalam 3 Hari

1. Semalam – Sudah menjadi sejarah

2. Hari Ini – Apa yang sedang kita lakukan

3. Esok – Hari yang belum pasti 

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik dari hari yang pertama.? Jangan mengharap hari yang ketiga kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua. 

Ajaibnya Anak adam

khatyaiman | 6/13/2015 09:36:00 am | 2 Komen
Assalamualaikum w.b.t

Wahai anak adam


Saya telah membaca hadis ini maka mengalirlah kedua air mata, memohon kepada Rabbi agar dpt disampaikan perkara ini kepada semua yg saya sayangi.
Hadis kudsi yang menggetarkan segenap tubuh serta menunjukkan kebesaran Sang Pencipta. Allah swt berfirman :
Wahai anak adam ? Aku jadikan engkau dalam perut ibumu, dan aku tutup wajahmu dengan penutup supaya tak lemas/ terhidu engkau dalam rahim. Dan Aku jadikan engkau tenang dilindungi disebalik rahim ibumu. Aku cukupkan bagi engkau makanmu. Dan Aku jadikan di samping kanan dan kirimu tempat berpaut. Di kananmu hati (liver) dan di kirimu hempedu (spleen) ibumu.

contoh soalan PSL N27 tahun 2014 bahagian 3

khatyaiman | 6/11/2015 11:03:00 am | 2 Komen
Assalamualaikum w.b.t

UNDANG-UNDANG UMUM – soalan PSL N27 tahun 2014 bahagian 3

3001 C
 
Soalan 4
 
a ) Encik Ahmad merupakan Renjer Hutan Gred G22.Beliau telah diarahkan untuk menjalankan kerja-kerja pengawasan di Hutan Belum.Sewaktu menjalankan tugas,beliau telah diserang oleh seekor gajah lalu menemui ajal di tempat kejadian.Beliau meninggalkan soerang balu dan dua orang anak lelaki dua orang anak perempuan.

Jelaskan jenis-jenis pencen yang layak diterima oleh isteri dan anak-anak Encik Ahmad mengikut peruntukkan Akta Pencen 1980.

( 13 markah )

b ) Encik Rozman seorang pesara kerajaan telah didapati bersalah kerana disabitkan dengan jenayah seksual oleh Mahkamah Seksyen Petaling Jaya lalu dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun.

Berhubung dengan perkara ini,pencen yang dibayar kepada beliau dihentikan buat selama-lamanya.

Sejauh manakah kenyataan di atas? Jelaskan 

( 12 markah )

contoh soalan PSL N27 tahun 2014 bahagian 3

khatyaiman | 6/10/2015 11:00:00 am | 2 Komen
Assalamualaikum w.b.t

UNDANG-UNDANG UMUM – soalan PSL N27 tahun 2014 bahagian 3

3001 C
Soalan 3
Puan Zahidah  soerang Ketua Pembantu Tadbir dari Jabatan Y telah meninggal dunia dan meninggalkan duda dan dua orang anak perempuan yang berumur 10 dan 12 tahun.Unit Sumber Manusia di Jabatan Y perlu menyerahkan semua dokumen persaraan dengan kadar segera kerana meninggal dunia dalam perkhidmatan.

Walau bagaimanapun,adik kepada gemulah,Cik Zuraida telah datang ke pejabat dan mendakwa semasa hayat,gemulah tidak pernah hidup tenteram kerana suaminya adalah seorang pemabuk dan sering memukul gemulah. Cik Zuraida juga telah menyerahkan surat wasiat yang diuruskan oleh salah satu agensi wasiat yang manyatakan bahawa semua pencen terbitan bahagian suami gemulah hendaklah diserahkan kepada Cik Zuraida dan dua orang anak perempuannya.

Berdasarkan kepada wasiat berkenaan,pegawai di Jabatan Y telah memasukkan nama Cik Zuraida sebagai salah seorang penerima pencen terbitan dalam borang persaraan berkenaan.

a ) Bolehkah pegawai berkenaan berbuat demikian berdasarkan kepada surat wasiat yang dikemukakan oleh Cik Zuraida? Huraikan

( 8 markah )

b ) Jelaskan keadaan-keadaan yang boleh menyebabkan pemberian pencen terbitan kepada dua orang anak perempuan gemulah itu akan terhenti?

( 7 markah )

c ) Selain daripada anak kandung,jelaskan empat ( 4 ) lagi kategori anak yang boleh dipertimbangkan untuk diberi pencen terbitan menurut Akta Pencen 1980 ?

( 10 markah )

contoh soalan PSL N27 tahun 2014 bahagian 3

khatyaiman | 6/09/2015 10:15:00 am | 4 Komen
Assalamualaikum w.b.t

UNDANG-UNDANG UMUM – soalan PSL N27 tahun 2014 bahagian 3

3001 C
 
Soalan 2
 
Seseorang warganegara yang bermastautin di persekutuan layak dijadikan ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat tertakluk kepada syarat-syarat yang di sebut dalam Perlembagaan Persekutuan 

a ) Nyatakan keadaan-keadaan yang membolehkan seseorang Ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat itu hilangnya kelayakannya daripada menjadi Ahli Parlimen

( 2 markah )

b ) Siapakah yang boleh membatalkan kelayakan seseorang menjadi Ahli Parlimen

( 2 markah )

c ) Setiap ahli Majlis Parlimen di Dewan Rakyat dan Dewan Negara diberikan beberapa perlindungan dan keistimewaan oleh Perlembagaan Persekutuan semasa menjalankan tugas dan tanggungjawab

Jelaskan dua (2) pengecualian terhadap perlindungan dan keistimewaan tersebut 

( 6 markah )

d ) Dato’ Raden yang memegang jawatan sebagai Ahli Dewan Rakyat telah disabitkan oleh Mahkamah Tinggi Taiping atas kesalahan dibawah Kanun Keseksaan dan dikenakan denda sebanyak RM1,500.00 dan mendapat pengampunan bebas

Adakah status beliau sebagai Ahli Dewan Rakyat terjejas selepas hukuman tersebut?

( 5 markah )

 
 

Solat jamak

khatyaiman | 6/07/2015 06:59:00 am | 1 Komen
Assalamualaikum w.b.t

KESILAPAN SOLAT JAMAK QASAR: TAPI ANDA TIDAK PERASAN.

Menghadiri ‘conference’ dalam dan luar negara bukan perkara ganjil. Ramai yang pergi dan kembali, bahkan ramai yang berulang-alik ke pelbagai destinasi dengan niat mengembangkan ilmu. Ini perkara rutin bagi seorang researcher atau ahli akademik di universiti atau ‘research centre’. Tidak ketinggalan bagi yang suka melancong, musafir adalah perkara ‘ghalib’.
Sungguhpun setiap musafir dengan niat kerana Allah besar ganjaran pahalanya, namun harus ditelusuri feqah yang berkaitan dengan musafir tersebut, adakah bertepatan dengan syariah? Mungkin ramai yang tidak pernah mengambil kisah akan adab musafir mengikut sunnah. Amat rugi, jika kita tidak mengambil kepentingan dari perkara adab dan sunnah Rasul. Namun perkara sunat bukanlah ‘aula’ jika yang wajib masih terumbang-ambing. Antara sedar atau tidak, ramai yang melakukan kesalahan berulang akan hal yang wajib seperti SOLAT.
Walaupun isu solat jamak atau jamak qasar bukan lagi menjadi topik perbincangan mutakhir ini, namun saya melihat ianya masih lagi perlu diperhalusi kerana masih banyak salah faham yang berlaku. Malah, masalah ini seringkali berlegar-legar dalam kumpulan teman-teman yang bermusafir bersama saya. Tidak kira musafir ke tempat jauh atau dekat, isu solat tidak boleh dipandang remeh.
Lihat situasi berikut:
Sehingga ke hari ini, masih ramai yang menganggap bahawa solat jamak qasar boleh dilakukan 3 hari pertama berada di sesuatu tempat. Sedangkan menduduki tempat melebihi 3 hari tidak lagi dikira musafir tetapi ‘bermukim’ (sudah gugur taraf musafir). Jadi, solat jamak qasar sama sekali tidak ‘valid’ apabila anda telah sampai ke destinasi. Tiada nas yang membenarkan solat jamak qasar pada 3 hari pertama anda bermukim. Solat jamak qasar hanya ‘valid’ sepanjang perjalanan anda yang melebihi 89 km dan tidak ‘valid’ sebaik tiba di destinasi yang anda ingin duduki melebihi 3 hari. Sekali lagi diingatkan, jamak qasar selama 3 hari hanya dibenarkan untuk orang yang benar-benar singgah tidak melebihi tiga hari di sesuatu tempat.
Namun, anda masih diberi rukhsah untuk menjamakkan solat apabila berada dalam situasi yang sukar. Dan jamak ini dibenarkan sepanjang tempoh mukim atas sebab-sebab yang diizinkan syarak. Salah faham berlaku apabila kebanyakan kita tidak jelas akan perbezaan antara solat jamak qasar dan solat jamak. Mungkin silibus pendidikan Islam di peringkat sekolah perlu dikaji semula kerana belum mampu memberi kefahaman tentang masalah feqah yang paling utama ini. Ataupun ustaz ustazah perlu mengkaji kaedah pengajaran agar lebih berkesan dan dapat difahami oleh pelajar di sekolah.
Sedikit pencerahan tentang solat qasar dan solat jamak.
1) Solat Qasar
Sekiranya anda bermusafir ke sesuatu tempat yang perjalanannya melebihi dua marhalah atau 89 kilometer, maka diharuskan untuk mengqasarkan solat.
(Dua marhalah bersamaan empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 km.)
“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…” [an-Nisa’ : 101]
Bahkan dalam satu hadith Riwayat An-Nasa’i dan Abu Daud, Rasulullah s.a.w mengharuskan para sahabat mengqasarkan solat walaupun bermusafir dalam keadaan aman.
Qasar adalah memendekkan solat, yang 4 kepada 2.
Syarat qasar :
1) Jarak perjalanan > 89 km
2) Bermusafir tidak melebihi 3 hari penuh (tidak termasuk hari berangkat dan pulang)
3) Sudah memulakan perjalanan dan keluar dari mukim atau kawasan kampungnya.
Apa bezanya solat qasar dan solat jamak?
2) Solat jamak
Pada asasnya, solat jamak tidak berkaitan secara langsung dengan solat qasar dan ianya boleh dilakukan atas pelbagai keperluan yang dibenarkan syarak. Solat jamak maksudnya menghimpunkan solat tanpa mengurangkan rakaat.
Perkara yang membolehkan jamak:
Dalam Syarah Muslim, Imam al-Nawawi r.a berkata: “Beberapa imam membolehkan jamak bagi orang yang tidak musafir, bila terdapat suatu kepentingan, asalkan hal itu tidak dijadikan kebiasaan. Ini juga merupakan pendapat Ibnu Sirin dan Asyhab dari golongan Maliki, juga pendapat al-Quffal dan al-Syasy al-Kabir dari golongan Syafi’i, juga dari Ishak Marwazi dan dari jemaah ahli hadis, serta pendapat yang dipilih oleh Ibnul Mundzir. [al-Majmu’, jil. 4, ms. 264]
Dalam kitab feqah karangan Dr. Basri Ibrahim ada menjelaskan keharusan jamak kepada beberapa golongan yang memerlukan seperti sakit, ketakutan, pekerjaan yang punya maslahat kepada umat, bencana alam dan musafir. Bahkan syarat bagi musafir untuk menjamakkan solat tidak diwajibkan melebihi dua marhalah. Waima orang yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya dan tidak mampu keluar dari situasi tersebut boleh berniat jamak, dan melaksanakan solat jamak ta’khir apabila sampai di rumah. Ini kerana solat jamak tidak terikat kepada syarat jarak perjalanan, musafir, bermukim dan keluar dari mukim.
2 Jenis solat jamak yang anda sedia maklum:
1. Jamak Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.
Syarat jamak Taqdim :
1) Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya’.
2) Hendaklah niat Jamak Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
3) Berturut-turut di antara solat yang dijamakkan itu.
4) Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).
2. Jamak Ta’khir pula ialah mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.
Syarat jamak Ta’khir :
1) Hendaklah berniat jamak ta’khir dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib. Tidak sah solat jamak ta’khir yang dilakukan akibat luput waktu solat, tanpa diniatkan sedari awal waktu solat yang pertama.
Jadi, apa perbezaan jamak qasar dan jamak?
Sangat berbeza kerana,
1. Jamak qasar bermaksud menghimpunkan dan memendekkan, manakala jamak bermaksud menghimpunkan sahaja.
2. Jamak qasar hanya dibenarkan bagi orang yang sedang bermusafir melebih 2 marhalah dan singgah tidak melebihi 3 hari penuh.
3. Jamak pula dibenarkan pada pelbagai keadaan mengikut keperluan yang syari’e.
Lihat situasi berikut :
Contoh 1: Ulama membincangkan masalah solat jamak sebelum memulakan perjalanan. Jumhur ulama berpendapat, boleh menjamakkan solat sebelum bertolak sekiranya dibimbangi berlaku kesukaran untuk solat dalam perjalanan. Pendapat ini berdasarkan hadith:
“Rasulullah saw menjamakkan solat Zohor dan Asar di Madinah, pada masa itu tiada ketakutan dan tidak pula musafir, Abu al-Zubair berkata : Aku bertanya kepada Sa’ed (iaitu Ibn Jubair), Kenapa baginda melakukan begitu? Dia berkata, Aku telah bertanya Ibn ‘Abbas soalan yang sama, dan dia berkata : Baginda tidak mahu sesiapa dikalangan umatnya menghadapi kesukaran” [Hadith Riwayat Muslim no. 705].
Tapi perlu diingat.. yang dibenarkan adalah solat JAMAK, bukan JAMAK QASAR.
Sekali lagi ditekankan bahawa jamak qasar hanya boleh dilakukan apabila anda sudah memulakan perjalanan dan keluar daripada mukim.
“Diantara syarat-syarat sah memendekkan (qasar) solat adalah hendaklah musafir melepasi pagar kampung (balad) yang dimulakan permusafirannya” [al-Fiqh al-Manhaji 1/187].
Contoh 2: Anda sudahpun dalam perjalanan pulang ke rumah. Akibat kesulitan sepanjang perjalanan pulang menyebabkan anda tidak mampu menunaikan solat dalam perjalanan. Sebagai contoh, jalan yang sangat ‘jam’ (musim perayaan) yang boleh menyebabkan terluput waktu solat. Maka dibolehkan anda jamak ta’khir di rumah. Sekali lagi ditegaskan, dibolehkan JAMAK, bukan JAMAK QASAR. Kerana jamak qasar tidak ‘valid’ apabila anda telah sampai di rumah.
Contoh 3: Apabila mengalami sebarang kesulitan di tempat anda bermukim (musafir yang melebihi 3 hari), maka dibolehkan jamak. Contoh kesulitan berbeza mengikut situasi. Berada di tempat asing memungkinkan kita berhadapan dengan pelbagai masalah. Hanya yang mengalaminya dapat merasakannya. Jangan tinggalkan solat, sebaliknya jamaklah pada sesetengah keadaan yang sulit. Allah telah memberi kelonggaran kepada hamba-hambanya pada setiap keadaan agar kita menjadi hamba yang sentiasa ta’at.
Syeikh Mohammad Salih al-Munajjid juga pernah menyatakan hal ini :
“Dibenarkan bagi seseorang yang bermukim (tidak musafir) menjamakkan dua solat jika ia menjadi terlalu sukar untuk melakukan solat yang kedua pada waktunya. Kebenaran menjamakkan solat adalah LUAS berbanding dengan memendekkan solat, kerana memendek (qasar) solat hanya dibenarkan kepada musafir sahaja. Akan tetapi jamak dibenarkan kepada musafir dan bukan musafir untuk menjamak solat apabila menghadapi kesukaran menunaikan solat samaada pada waktunya atau didalam jemaah”.
Dengan itu, jelas sekali ketetapan untuk solat tidak pernah gugur walaupun kita berada dalam kesulitan. Bahkan Allah telah memberi kemudahan untuk kita tetap ‘thabat’ di atas jalan-jalan orang yang abid.
“(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran”[al-Baqarah : 185]
“dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama” [al-Haj : 78]
KhatyAiman © . Designed by MaisarahSidi.com