May 2015 - KhatyAiman May 2015 - KhatyAiman

Buat sahabat

khatyaiman | 5/29/2015 11:59:00 am | 5 Komen
Assalamualaikum w.b.t

Sahabat untuk selamanya


Pesanan Dari
Datin Dr Marzelina Ahmad Marzuki
Pakar Motivasi Cyber & NLP
Resepi Biskut Persahabatan

Bahan- bahannya :-

1 sudu besar senyuman
1/2 kg senda gurau
1 gelas sayang menyayangi
1 pinggan hormat-menghormati
1 cubit faham memahami
Banyakkan kejujuran dan keikhlasan

Cara-caranya:

★Mula-mula buangkan segala sifat hasad dengki yang. ada pada diri anda dan bentukkan suasana harmoni.

★Masukkan ukiran senyuman ini antara satu sama lain . Perlu diingat bahawa senyuman adalah amat penting untuk mewujudkan perasaan kasih-mengasihi antara satu sama lain.

★Kemudian masukkan bersama-sama senyuman itu senda gurau dan kacau sehingga wujudnya kemesraan . Tambahkan pula kasih sayang menyayangi sehingga sebati dalam jiwa .

★ Untuk menambahkan perasa persahabatan itu sesedapnya , tambahkan dahulu faham memahami secukup rasa disertai dengan kejujuran dan keikhlasan.

★Akhir sekali , hidangkan resepi ini untuk membuka selera persahabatan anda dan sekaligus persahabatan itu dapat restu dari-Nya .
#semoga kita jadi sahabat hingga ke jannah..

Luahkan apa saja,yang penting enjoy
Textual description of firstImageUrl

Review | Bawal Satin Exclusive Gred AAA

khatyaiman | 5/27/2015 03:22:00 pm | 13 Komen
Assalamualaikum w.b.t 

Review | Bawal Satin Exclusive Gred AAA

Sejak drama TV3 Slot Akasia Hati Perempuan ditayangkan, tudung dan skirt pelakon wanitanya, Yuhanis menjadi tumpuan ramai. Cantik sungguh segala jenis kaler tudung bawal satin yang di pakai Yuhanis dan berjaya menjadi trending walhal tudung satin sudah lama ada di pasaran.

bawal satin cantik.bawal satin murah,bawal satin mia ahmad
Bawal Satin Exclusive Gred AAA
 

Senyum gembira

khatyaiman | 5/25/2015 10:31:00 am | 14 Komen
Assalamualaikum w.b.t

BELON 


Sekumpulan 100 orang dewasa mendaftarkan diri ke seminar 'Senyumlah' bersama Ustaz Rahim. Sebelum menamatkan kuliah, Ustaz Rahim memberikan seorang setiap belon dan meminta para peserta untuk menulis nama mereka di atas belon. Belon yang ditiup besarkan dan diberikan kepada Ustaz Rahim. Ustaz Rahim melepaskan 100 belon tersebut ke dalam sebuah bilik. 100 peserta ini disuruh mencari belon yang tertulis nama mereka secara serentak dalam masa 5 minit tanpa memecahkan sebarang belon. 5 orang pertama akan mendapat hadiah. Keadaan di dalam bilik terus menjadi kelam kabut.
Textual description of firstImageUrl

KA TAILOR..projek terbaru

khatyaiman | 5/22/2015 08:27:00 am | 14 Komen
Assalamualaikum w.b.t 

 Jubah Moden dan Baju Peplum 

jubah moden baju peplum 
Textual description of firstImageUrl

Tips berjaya dalam powergold

khatyaiman | 5/19/2015 08:58:00 am | 3 Komen
Assalamualaikum w.b.t


TIPS MENJADI PENIAGA ONLINE LUARBIASA!

Memandangkan perniagaan online tumbuh bak cendawan selepas hujan,maka itu khaty ingin berkongsi sedikit tips yang luar biasa untuk sesiapa sahaja yang berkenaan :-
 

TUNGGU SEKEJAP

khatyaiman | 5/18/2015 06:00:00 am | 4 Komen
Assalamualikum w.b.t

14 perkara luar biasa jika anda..

“JANGAN MENUNGGU”

*************************
1. Jangan menunggu bahagia baru tersenyum, tapi tersenyumlah, maka kamu akan bahagia.
2. Jangan menunggu kaya baru bersedekah, tapi bersedekahlah, maka kamu semakin kaya.
3. Jangan menunggu termotivasi baru bergerak, tapi bergeraklah, maka kamu akan termotivasi.

Textual description of firstImageUrl

Kenangan indah kanak-kanak

khatyaiman | 5/16/2015 06:00:00 am | 3 Komen
Assalamualaikum w.b.t

Kenangan paling terbaik di zaman kanak-kanak

kenangan paling terbaik di zaman kanak-kanak
Textual description of firstImageUrl

Kebaikan menabung emas

khatyaiman | 5/14/2015 12:00:00 am | 3 Komen
Assalamualaikum w.b.t

KEBAIKAN MENABUNG EMAS BERSAMA POWERGOLD

KEBAIKAN MENABUNG EMAS BERSAMA POWERGOLD

1. Emas yang disimpan akan menjadi milik anda dan dalam simpanan anda.
2. Harga emas stabil, anda boleh menjualnya bila-2 sahaja kerana ianya berkualiti 999.9.
3. Juga boleh menjadi “LOAN SEGERA” kerana anda boleh memajaknya bila-2 masa di ar rahnu dan kedai pajak berdekatan.
4. Apabila sudah banyak, anda boleh mencairkannya di kedai emas dan buat barang kemas dengan citarasa anda.
5. Emas mampu menjadi aset anda kerana jangkaan harga emas pada masa hadapan akan melambung tinggi. Jadi simpanlah dari sekarang.
Bagaimana emas dikata sbg penyimpan nilai?
RM200 beli Beg
RM200 beli emas
Selepas 5 tahun, bagaimana harga emas ..dan bagaimana harga  Beg yg kita dh pakai?
Seandainya tiada peningkatan nilai..emas (RM200) kita pd thn 2014 akan mengikut nilai RM200 pada tahun 2019 sekurang2nya.
Bagaimana pula dengan Beg?  jika RM200 thn 2014, kita bawah pada  pd 2019?..
Fikir2kan
Sebab itu emas dikatakan sebagai penyimpan nilai yg baik
Kenapa “Risau” Nak Simpan Emas Menggantikan Wang Ringgit?
Ini adalah mungkin kerisauan yang selalu kita ada..walaupun saya sendiri,sebelum kenal apa itu nilai emas, sebagai pelindung kekayaan yang kita ada. Emas adalah satu aset kewangan kita yang tidak boleh diganggu oleh kerajaan, mereka tidak mampu melakukan “cukai” ke atas kita, malah tidak mampu mengetahui berapa banyakkah kekayaan kita sekiranya kita menyimpan emas, berbanding dengan menyimpan duit di bank
Namun,kita tidak mampu utk menyembunyikan kekayaan kita daripada Tuhan Yang Maha Esa. Ingatlah, ada cukai yg wajib ke atas kekayaan kita iaitu ZAKAT bagi yg muslim,  Yakin la bahawa dengan membayar ZAKAT seseorang itu tidak akan MISKIN.

Jika kita tidak mampu untuk menyimpan dalam bentuk emas, belum tentu kita mampu menyimpan dalam bentuk wang kertas. Jika kita mampu menyimpan emas, sudah tentunya kita mampu menyimpan duit..

1 gram 1 bulan 1 keluarga

Luahkan apa saja,yang penting enjoy

Pisang

khatyaiman | 5/12/2015 06:00:00 am | 14 Komen
Assalamualaikum w.b.t

..Cerita Pisang yang luar biasa

 

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.
Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam.Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungutdan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk.

Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

”Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Mayam.
Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur,makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

”Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik daripada membenci..!!.

Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging bila baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah!
Sebagai renungan ?

Luahkan apa saja,yang penting enjoy

Martabatkan Bahasa jawi

khatyaiman | 5/08/2015 06:00:00 am | 11 Komen
Assalamualaikum w.b.t

Mari membaca bahasa jawi bahasa Al-quran

 Di pagi jumaat yang penuh dengan berkatnya,penghulu segala hari,marilah kita bersama-sama membaca warkah seorang isteri kepada suaminya dalam bahasa jawi

سئورڠ ايستري بركات كڤد سواميڽ: سكيران ساي منيڠڬل دنيا، براڤ لاماكه ابڠ سڠڬوڤ منوڠڬو (برتاهن) اونتوق بركهوين كالي كدوا؟
لنتس سي سوامي بركات كڤد ايستريڽ: سهيڠڬ كريڠ تانه قبور مو.
ايستري: اداكه ابڠ برجنجي دڠن ساي دالم حال اين؟
مك سي سوامي ڤون ترسيوم دان بركات : يا ابڠ برجنجي كڤد مو. سلڤس كماتين ايستري، سي سوامي براولڠ اليق منزيارهي قبور ايستريڽ ستياڤ هاري دالم تيمڤوه ستاهون (دان دي منداڤتي دالم تيمڤوه ترسبوت) قبور ايستريڽ سنتياس باسه دان تيدق كريڠ. ڤد سواتو هاري دي ڤرڬي كتانه ڤرقبورن ڤد وقتو ڤتڠ دان منموءي ساودارا للاكي ايستريڽ دتانه ڤرقبورن ترسبوت لنتس دي برتاڽ كڤد ايڤرڽ : اڤاكه اڠكاو بوات دسيني؟ ايڤرڽ منجواب. : ساي (داتڠ كسيني باڬي) ممنوهي وصية ساودارا ڤرمڤوان ساي اونتوق ممباسهكن تانه قبورڽ دوا هاري سكالي…… …?????

 segala kesulitan harap dimaafkan..khaty hanya ingin berkongsi sahaja dan tiada niat untuk membuat anda tidak selesa..terima kasih kerana sudi luangkan masa dalam sesi kelas bahasa jawi dari khatyaiman…..selesai
Textual description of firstImageUrl

LAKSA SIAM

khatyaiman | 5/05/2015 08:00:00 am | 14 Komen
Assalamualaikum w.b.t


Resepi Laksa Siam

resepi laksa siam senang mudah cepat ikan timun bawang
Minggu lalu seperti biasa pejabat khaty rajin buat potluck..ada yang rajin dan pandai sangat bawa laksa siam..sedap tau.laksa siam ada ala2 laksa johor,kuah lemak dan menggunakan laksa yang jenis halu.Khaty memang hantu laksa,masa kawan bawa dekat ofis,mula2 jual mahal.Akan tetapi selepas rasa,jadi tamak pulak makan..

Bahan-bahan kuah :-

A
ikan kembong besar 3 ekor
ikan sardin tin ( brand king cup) 1 tin besar
*kisar sehingga halus

B
10 biji cili api merah dan hijau
kunyit
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 sudu lada hitam
3 batang serai dittik
sedikit belacan
*kisar sehingga lumat

3 mangkuk santan ( jangan terlalu cair)
garam 
gula

Ulam
timun
bawang 
cili padi
kacang hijau
daun selum

masakkan santan terlebih dahulu dan sentiasa kacau supaya tidak pecah minyak
bahan A dab B campur dibekas yang berlainan sebelum dimasukkan ke dalam santan
apabila kuah sudah mendidih,masukkan beberapa keping asam keping
tambah gula dan garam sesedap rasa
 siapp untuk dimakan

Selamat mencuba’

Luahkan apa saja,yang penting enjoy

KhatyAiman © . Designed by MaisarahSidi.com