Showing posts with label FoodLoveR. Show all posts
Showing posts with label FoodLoveR. Show all posts

RESEPI PALING MUDAH ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG

RESEPI PALING MUDAH ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG BERSAMA TOMATO

Assalamualaikum w.b.t

Masak memasak bukan kerja mudah. Nak fikir menu pun cukup lah, kadang- kadang sampai terfikir masak je la apa pun janji perut kenyang. Boleh ja kan, tetapi apabila ada anak-anak, kena kira juga selera bebudak. 

Asam pedas. Bukan semua orang suka. Suami khaty agak kurang gemar sebab dia kata macam kosong ja. Lagi baik buat sambal tumis. Tetapi anak ke dua khaty fahim memang suka sangat asam pedas nak lagi dengan ikan kembung. Layan kan aja la. Untuk bapak nya goreng ayam ja makan dengan kuah asam pedas.

RESEPI PALING MUDAH ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG BERSAMA TOMATO

Resepi Masak Lemak Nangka Muda Bersama Daun Salam

Air Tangan Tok : Resepi Masak Lemak Nangka Muda Bersama Daun Salam

Assalamualaikum w.b.t

Betul la kata kiasan, tiada yang setanding sedap melainkan masak mak dan juga masakan tok-tok @ orang lama. Nampak simple sangat, tapi sangat sedap sehingga menjilat jari dan membuatkan anda akan menambahkan lagi selera tanpa di suruh. Masak lemak nangka muda bersama daun salam. Masa pergi umah tok minggu lalu, tengok-tengok tok dah siap masak lemak nangka muda bersama daun salam.
 
Resepi Masak Lemak Nangka Muda Bersama Daun Salam
 

Kari kepala ikan nyok

Assalamualaikum
Agak lama tak main masak-masak kat dapur. Nak pula sekarang tak berapa nak sihat, alah masih belum habis. Minggu ni best sikit sebab husband pegi market cari lauk sama. Teringin nak makan ikan katanya.Selalunya pergi ngan anak-anak ja.
Dah dapat menu nak masak hari ni. Kari kepala ikan nyok. Yummy…

Kari kepala ikan Jenahak

Hujung minggu memasak Kari Kepala Ikan Jenahak

Assalamualaikum w.b.t
Hujung minggu keniasannya kalau tak ada rancangan untuk aktiviti luar, masak memasak bersama keluarga biras adalah satu kemestian. Pantang jumpa mesti masak. Nak masak mesti kena jumpa dan berkumpul. Apa yang istimewa?? Kari kepala ikan jenahak. Beruntung dapat biras yang menjalankan perniagaan jualan barang basah. Ikan jenahak menjadi pilihan. Jadi, apa lagi, mari la memasak. 

Hujung minggu memasak Kari Kepala Ikan Jenahak
 

Kuala Lumpur DahMakan

Perkhidmatan Dah Makan Memudahkan Warga Kuala Lumpur Untuk Menikmati Menu yang Sedap.

Assalamualaikum w.b.t
Hai semua. Dah Makan?? Kalau belum jom kita cari makan. Mana nak cari makan Yang sedap-sedap tapi tak mau join jalan jem?? Ada cadangan?? Kepada warga kuala lumpur, anda mesti gembira apabila ada satu servise yang akan mengahantar Lunch @ Dinner kepada anda tanpa perlu memandu sendiri. Seronokkan. Pilih dan bayar pastinya anda akan membuatkan anda lebih seronok sebab hanya perlu tunggu pesanan sampai. 



 

Durian murah air terjun sedim

Durian murah dan sedap dari kampung sedim

Assalamualaikum
Alhamdulillah. Bahagianya rasa dapat makan durian dari sedim dengan puas sangat. Kali ke 3 baru bertemu jodoh durian sedim. Orang kata durian yang mai dari kawasan air terjun memang sedap sangat. Memang khaty setuju 100%. TERBAIK.

Resepi Mudah Sotong Dan Udang Masak Kunyit

Resepi Mudah Sotong Dan Udang Masak Kunyit

Assalamualaikum w.b.t. Siapa tidak suka akan sotong dan udang masak kunyit. Masak apa sekalipun, kalau dah namanya sotong  dan udang mesti sedap. Susahkah nak buat sotong dan udang masak kunyit.?? Mudah saja. Hendak lagi mudah order sahaja dekat kedai makan. Gurau saja ya.

Resepi Mudah Sotong Dan Udang Masak Kunyit

Resepi sotong dan udang masak kunyit ini sangat senang kerana masak pun dah lewat malam. Maklumlah, hujan turun perut pun lapar. Tidak sampai 10 minit hidangan sotong masak kunyit ini siap. Pantas tak, ke ada lagi yang pantas dari khaty.

Bahan-bahan sotong dan udang masak kunyit

3-4 ekor sotong
5-6 ekor udang
6-8 biji cili padi
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1-2 sudu serbuk kunyit
garam
minyak

Cara-cara memasak sotong dan udang masak kunyit

  1. potong kecil-kecil sotong
  2. potong bawang dan cili padi halus-halus
  3. panaskan minyak
  4. tumiskan bawang besar,bawang putih dan cili padi
  5. masukkan kunyit dan juga juga secukup rasa
  6. masukkan sotong dan udang,kemudian masak seketika. Jangan terlalu lama kerana jika terlalu lama manis sotong dan udang akan hilang
  7. Tutup api dan siap untuk di hidang

Nampak tak betapa senangnya resepi sotong dan udang masak kunyit ini dimasak. Kena kreatif dan yang paling penting rajin. Resepi sotong dan udang masak kunyit ini jika anda mahu ubah ke lauk yang lain juga boleh, tapi jangan lah pula masak daging jika anda sudah lapar seperti harimau, nanti tertidur tunggu daging masak. Perumpamaan sahaja.

Selamat mencuba.

Resepi mudah tauchu ikan tongkol

Assalamualaikum w.b.t

Resepi mudah tauchu ikan tongkol


Resepi Mudah Puding Sumi

Assalamualaikum w.b.t

Sedang hangat di perkatakan sekarang, apa saja yang berkaitan sumi menjadi santapan. Semua sudah pasti sangat menyelerakan. Maklumlah dengan cuaca sekarang yang agak panas, manisan yang berada di dalam peti ais menjadi bukan sahaja buruan anak-anak, akan tetapi orang dewasa juga menginginkannya.

Resepi Mudah Puding Sumi


Resepi Mudah Kari Ikan Darat

Assalamualaikum w.b.t

Hai semua.Bersyukur kerana masih berceloteh hari ini. Nak masak apa pula ni?? Resepi Mudah Kari Ikan Darat. Sedap kan? Mana nak cari ikan darat ?? Mujur ada lagi tempat di kampung yang boleh memberi ruang kami sekeluarga untuk turun memancing ikan darat. 

Resepi Mudah Kari Ikan Darat
 

Resepi Mudah Sambal Tumis Ikan Darat

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah kerana masih lagi di beri nafas untuk berceloteh di sini. Resepi Mudah Sambal Tumis Ikan Darat. Sedap kan? Mana nak cari ikan darat ?? Mujur ada lagi tempat di kampung yang boleh memberi ruang kami sekeluarga untuk turun memancing ikan darat. 

Resepi Mudah Sambal Tumis Ikan Darat


Dinner at Restoran Sinar Permata Jaya Sungai Petani

Assalamualaikum w.b.t



Rezeki berganda dengan Domino’s Pizza Malaysia

Assalamualaikum w.b.t


Resepi mudah sambel goreng ikan bilis

Assalamualaikum w.b.t

resepi mudah Sambal goreng jawa ikan bilis kentang air tangan tok yang superr

Resepi mudah membuat donut lembut


Aktiviti di teruskan lagi dengan mencuba untuk membuat kembali kuih donat lembut yang telah sekian lama di tinggalkan. Adunan dan cara untuk menghasilkan donut lembut agak mudah.

Bahan-bahan untuk membuat donut lembut
A
500g tepung blue key
1/2 sudu perasan pandan
50g gula caster
20g shortening
90ml air

B
Secubit tepung blue key
5g serbuk yis segera
50ml air

1 cawan gula aising

Cara-cara membuat donut lembut

Campurkan bahan A sehingga sebati
Gaulkan bahan B sehingga sekarang
Campurkan bahan A dan B sehingga sebati dan uli adunan sehingga lembut (adunan tidak melekat di tangan)
Rehatkan doh donut lembut selama 1/2 jam
Ambil acuan donut lembut untuk dapatkan saiz yang sekata.
Jangan di buang baki tepung yang bersaiz kecik kerana jika di goreng sekali memang sedap.
Setelah adunan donut lembut siap di bentuk,boleh lah memulakan acara menggoreng.
Angkat dan kemudian gaulkan bersama gula aising tadi

Dapat makan donut yang masih panas-panas serta di sediakan bersama air kopi, sudah pastinya anda akan  berasa sangat puas hati  dan sesungguhnya perut anda akan bernyanyi senang hati kekeyangan.

Selamat mencuba

Resepi mudah membuat pau gebu



Bergotong royong membuat bubur asyura

Assalamualaikum w.b.t


Pesanan Hari Terakhir Dominos Pizza 50%

Assalamualaikum w.b.t


RASAI KELEMBUTAN CAPATI MAJ

Assalamualaikum w.b.t

BIJI RAMBUTAN MENJADI SNEK

Assalamualaikum w.b.t