Showing posts with label ExAm. Show all posts
Showing posts with label ExAm. Show all posts

BIASISWA DALAM DAN LUAR NEGERI UNTUK LEPASAN SPM 2015

Biasiswa Maybank, Telekom Malaysia dan Yayasan Khazanah telah dibuka.

Tarikh tutup setiap permohonan adalah seperti berikut:

Telekom Malaysia: 11 March 2016
Maybank: 20 March 2016
Khazanah: 25 April 2016

Penajaan adalah untuk lepasan SPM 2015 bagi program dalam negara dan luar negara:

Maybank:
Universiti Tempatan dan Luar Negeri (UK/AUS):
Perakaunan, Kewangan, Pengurusan, Pemasaran, IT, Ekonomi, Perbankan, Aktuari, Matematik, Sumber Manusia, Psikologi, Perniagaan, Undang-undang, Statistik, Pelaburan, Pengurusan Risiko, Kejuruteraan.

Telekom Malaysia:
Universiti Tempatan dan Luar Negeri: (UK, AUS, France, Germany, S. Korea):
Kejuruteraan
Teknologi Maklumat/Multimedia
Pengurusan
Elektrik
Sains Komputer
Pemasaran
Komunikasi
Teknologi Maklumat
Ekonomi
Mechatronik
Sistem Jaringan dan Keselamatan
Statistik
Komputer
Analisis Data
Sains Aktuari
Programming dan Software
Multimedia dan Kreatif
Seni Layar

Yayasan Khazanah-Watan:
Universiti Tempatan Sahaja:
Engineering
Business
Medic

BIASISWA YAYASAN TM
http://adf.ly/1XJ399

BIASISWA MAYBANK
http://adf.ly/1XJ3Ku

BIASISWA
YAYASAN KHAZANAH WATAN
http://adf.ly/1XJ3aD

BIASISWA YAYASAN TENAGA NASIONAL
http://adf.ly/1XJ7eC

BIASISWA MUDAJAYA
http://adf.ly/1XJ85m

PENAJAAN PELAJAR PERUBATAN
http://adf.ly/1XJ7J2

PENGUMUMAN MODEL BAHARU PENAJAAN JPA   
Kerajaan telah bersetuju dengan Model Baharu Penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) seperti butiran berikut:

Program-program Penajaan JPA bagi tahun 2016 ialah:
a. Program Penajaan Nasional (PPN);
b. Program Khas Kejuruteraan;
c. Program Ijazah Dalam Negara; dan
d. Program Lepasan Bursary di Institusi Pengajian Tinggi dalam Negara.

Semua penajaan baru JPA mulai tahun 2016 adalah dalam bentuk pinjaman boleh ubah dengan mekanisme perjanjian pinjaman seperti berikut:

a) Pinjaman boleh diubah kepada biasiswa dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya graduan berkhidmat dalam perkhidmatan awam;

b) Graduan dikehendaki membayar balik 50% daripada jumlah pinjaman sekiranya memilih untuk bekerja dengan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC); dan

c) Graduan dikehendaki membayar balik jumlah keseluruhan pinjaman sekiranya memilih untuk tidak berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam atau GLC.

Sumber: http://esilav2.jpa.gov.my/

Try n pass this around.  I know last year these wonderful messages helped some needy kids n families win some scholarships. 

Please share these opportunities within your networks��

1. Australia Award  Scholarship (http://australiaawardsindo.or.id)
2. LPDP Scholarsh hip (http://www.beasiswalpdp.org/index.html)
3. DIKTI Scholarship a. Dalam Negeri (http://www.beasiswa.dikti.go.id/dn/)b. Luar Negeri (http://beasiswa.dikti.go.id/ln/)
4. Turkey Government Scholarship (http://www.turkiyeburslari.gov.tr/index.php/en)
5. General Cultural Scholarship India (http://www.iccrindia.net/gereralscheme.html)
6. USA Government Scholarship a. (http://www.aminef.or.id/index.php)b. (http://www.iief.or.id)
7. Netherland Government Scholarship (http://www.nesoindonesia.or.id/beasiswa)
8. Korean Government Scholarship (http://www.niied.go.kr/eng/contents.do…)
9. Belgium Government Scholarship (http://www.vliruos.be/4273.aspx)
10. Israel … … xxx
11. Sciences Po France (http://formation.sciences-po.fr/…/the-emile-boutmy-scholars…)
12. Utrecht University Netherland (http://www.uu.nl/…/grantsandscholarships/Pages/utrechtexcel…)
13. Prasetya Mulya Business School Indonesia (http://www.pmbs.ac.id/s2/scholarship.php?lang=ENG)
14. Brunei Darussalam Government Scholarship (http://www.mofat.gov.bn/index.php/announcement)
15. Monbugakusho Scholarship Japan (http://www.id.emb-japan.go.jp/sch.html)
16. Paramadina University Master Fellowship Indonesia (https://gradschool.paramadina.ac.id/…/paramadina-medco-fell…)
17. PPM School of Management Indonesia (http://ppm-manajemen.ac.id/beasiswa-penuh-s2-mm-reguler/)
18. University of Twente Netherland (http://www.utwente.nl/internationa…/scholarshipsandgrants/…/)
19. Sweden Government Scholarship (http://www.studyinsweden.se/Scholarships/)
20. Chinese Government Scholarship (http://www.csc.edu.cn/laihua/scholarshipdetailen.aspx…)
21. Taiwan Government Scholarship (http://www.studyintaiwan.org/taiwan_scholarships.html)
22. United Kingdom Government SCholarship (http://www.chevening.org/indonesia/)
23. Panasonic Scholarship Japan (http://panasonic.net/citizensh…/scholarships/…/requirements/)
24. Ancora Foundation Scholarship (http://ancorafoundation.com)
25. Asian Public Intellectuals Fellowship Japan (http://www.api-fellowships.org/body/)
26. AUN/SEED-Net Scholarship (http://www.seed-net.org/index.php)
27. Art Asia Major Scholarship Korea National University of Arts (http://eng.karts.ac.kr:81/karts/board/list.jsp…)
28. Ritsumeikan Asia Pacific University Japan (http://www.apu.ac.jp/home/life/index.php?content_id=30)
29. Seoul National University Korea (http://en.snu.ac.kr/…/gradu…/scholarships/before-application)
30. DIKTIS Overseas Scholarship (http://www.pendis.kemenag.go.id/beasiswaln/)
31. Honjo International Scholarship Foundation Japan (http://hisf.or.jp/english/sch-f/)
32. IDB Merit Scholarship Programme for High Technology (http://www.isdb.org/irj/portal/anonymous…)
33. International HIV & Drug Use Fellowship USA (http://www.iasociety.org/fellowship.aspx)
34. Nitori International Scholarship Foundation Japan (http://www.nitori-shougakuzaidan.com/en/)
35. School of Government and Public Policy Indonesia (http://sgpp.ac.id/pages/financial-conditions)
36. Inpex Scholarship Foundation Japan
37. Asia University Taiwan (http://ciae.asia.edu.tw/AdmissionsScholarship.html)
38. Macquaire University Australia (http://www.mq.edu.au/…/macquarie_university_international_…/ .

SEMAKKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN KHAS UNTUK N27 (PSL)

Assalamualaikum w.b.t


Permohonan ke Tingkatan 1 Sekolah Kawalan

Assalamualaikum w.b.t

 Permohonan ke Tingkatan 1

Kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR semoga anda telah bersedia dengan persiapan akhir sebelum masuk ke dalam dewan. Jawab peperiksaan macam pergi perang tau sebab mengejar masa dan memikirkan jawapan. Itu yang terjadi kepada khaty semasa menduduki peperiksaan 20 tahun yang lalu. Tapi paling seronok selepas habis peperiksaan, satu kelas terus pergi main dekat rumah kawan yang ada pohon besar, semua berkumpul di situ kiranya meraikan kemerdekaan setelah tamat menjawab peperiksaan. Kan dah cakap macam peperangan kan.

Pada masa sekarang, banyak kemudahan untuk pelajar-pelajar menyambung pelajaran. Pendek kata semua kena celik IT, baru boleh melangkah lebih maju dan seiring dengan peredaran masa.Kepada waris yang berkaitan, boleh la ke laman sesawang tersebut untuk mendaftarkan anak anda.

Sekolah Kawalan ( SEK BERASRAMA PENUH, KGV, SEK MEN AGAMA NEGERI, KELAS ALIRAN AGAMA, KELAS RANCANGAN KHAS ) telah dibuka atas talian.         http://www.moe.gov.my/

Ibu bapa boleh mula membuat permohonan.
Id dan katalaluan ibu bapa kena buat sendiri.
Perhatian kepada sesiapa yang mempunyai anak atau sedara mara tahun 6


contoh soalan PSL N27 tahun 2014 bahagian 3

Assalamualaikum w.b.t
 

UNDANG-UNDANG UMUM – soalan PSL N27 tahun 2014 bahagian 3

 
3001 C
 
Soalan 5
 
a) George Smith telah datang ke malaysia setelah mendapat tawaran sebagai Pensyarah bahasa di Kolej Sunway. Setelah 5 tahun berkhidmat di malaysia,beliau berhasrat untuk kembali ke negara asal beliau di Australia dan menetap terus di sana.
 
1- Terangkan samada George Smith boleh mengeluarkan kesemua amaun yang ada daripada Kumpulang Wang beliau. 
( 8 markah )
 
2- Jelaskan tanggungjawab majikan beliau terhadap caruman bagi George Smith berhubung hasrat beliau untuk kembali ke Australia
( 7 markah )
 
b) Ahmad,Bala dan Chong telah menubuhkan syarikat Percetakan ABC dan masing-masing bertindak sebagai pengarah bersama. Syarikat telah mengambil 5 orang pekerja untuk melancarkan operasi syarikat. Setelah beberapa tahun  menjalankan perniagaan,syarikat tersebut mula mengalami masalah kewangan dan gagal mencarum untuk ke lima-lima pekerja mereka semenjak Jun 2012 dan sehingga kini. Bala dan Chong  meletak jawatan dan bertindak meninggalkan syarikat.
Nyatakan samada tindakan boleh di ambil terhadap Bala dan Chong di atas kegagalan syarikat mencarum untuk pekerja-pekerja mereka?
( 10 Markah )
 

contoh soalan PSL N27 tahun 2014 bahagian 3

Assalamualaikum w.b.t

UNDANG-UNDANG UMUM – soalan PSL N27 tahun 2014 bahagian 3

3001 C
 
Soalan 4
 
a ) Encik Ahmad merupakan Renjer Hutan Gred G22.Beliau telah diarahkan untuk menjalankan kerja-kerja pengawasan di Hutan Belum.Sewaktu menjalankan tugas,beliau telah diserang oleh seekor gajah lalu menemui ajal di tempat kejadian.Beliau meninggalkan soerang balu dan dua orang anak lelaki dua orang anak perempuan.

Jelaskan jenis-jenis pencen yang layak diterima oleh isteri dan anak-anak Encik Ahmad mengikut peruntukkan Akta Pencen 1980.

( 13 markah )

b ) Encik Rozman seorang pesara kerajaan telah didapati bersalah kerana disabitkan dengan jenayah seksual oleh Mahkamah Seksyen Petaling Jaya lalu dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun.

Berhubung dengan perkara ini,pencen yang dibayar kepada beliau dihentikan buat selama-lamanya.

Sejauh manakah kenyataan di atas? Jelaskan 

( 12 markah )

contoh soalan PSL N27 tahun 2014 bahagian 3

Assalamualaikum w.b.t

UNDANG-UNDANG UMUM – soalan PSL N27 tahun 2014 bahagian 3

3001 C
Soalan 3
Puan Zahidah  soerang Ketua Pembantu Tadbir dari Jabatan Y telah meninggal dunia dan meninggalkan duda dan dua orang anak perempuan yang berumur 10 dan 12 tahun.Unit Sumber Manusia di Jabatan Y perlu menyerahkan semua dokumen persaraan dengan kadar segera kerana meninggal dunia dalam perkhidmatan.

Walau bagaimanapun,adik kepada gemulah,Cik Zuraida telah datang ke pejabat dan mendakwa semasa hayat,gemulah tidak pernah hidup tenteram kerana suaminya adalah seorang pemabuk dan sering memukul gemulah. Cik Zuraida juga telah menyerahkan surat wasiat yang diuruskan oleh salah satu agensi wasiat yang manyatakan bahawa semua pencen terbitan bahagian suami gemulah hendaklah diserahkan kepada Cik Zuraida dan dua orang anak perempuannya.

Berdasarkan kepada wasiat berkenaan,pegawai di Jabatan Y telah memasukkan nama Cik Zuraida sebagai salah seorang penerima pencen terbitan dalam borang persaraan berkenaan.

a ) Bolehkah pegawai berkenaan berbuat demikian berdasarkan kepada surat wasiat yang dikemukakan oleh Cik Zuraida? Huraikan

( 8 markah )

b ) Jelaskan keadaan-keadaan yang boleh menyebabkan pemberian pencen terbitan kepada dua orang anak perempuan gemulah itu akan terhenti?

( 7 markah )

c ) Selain daripada anak kandung,jelaskan empat ( 4 ) lagi kategori anak yang boleh dipertimbangkan untuk diberi pencen terbitan menurut Akta Pencen 1980 ?

( 10 markah )

contoh soalan PSL N27 tahun 2014 bahagian 3

Assalamualaikum w.b.t

UNDANG-UNDANG UMUM – soalan PSL N27 tahun 2014 bahagian 3

3001 C
 
Soalan 2
 
Seseorang warganegara yang bermastautin di persekutuan layak dijadikan ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat tertakluk kepada syarat-syarat yang di sebut dalam Perlembagaan Persekutuan 

a ) Nyatakan keadaan-keadaan yang membolehkan seseorang Ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat itu hilangnya kelayakannya daripada menjadi Ahli Parlimen

( 2 markah )

b ) Siapakah yang boleh membatalkan kelayakan seseorang menjadi Ahli Parlimen

( 2 markah )

c ) Setiap ahli Majlis Parlimen di Dewan Rakyat dan Dewan Negara diberikan beberapa perlindungan dan keistimewaan oleh Perlembagaan Persekutuan semasa menjalankan tugas dan tanggungjawab

Jelaskan dua (2) pengecualian terhadap perlindungan dan keistimewaan tersebut 

( 6 markah )

d ) Dato’ Raden yang memegang jawatan sebagai Ahli Dewan Rakyat telah disabitkan oleh Mahkamah Tinggi Taiping atas kesalahan dibawah Kanun Keseksaan dan dikenakan denda sebanyak RM1,500.00 dan mendapat pengampunan bebas

Adakah status beliau sebagai Ahli Dewan Rakyat terjejas selepas hukuman tersebut?

( 5 markah )

 
 

contoh soalan PSL N27 tahun 2014 bahagian 3

Assalamualaikum w.b.t

UNDANG-UNDANG UMUM – soalan PSL N27 tahun 2014 bahagian 3

3001 C

Soalan 1

a) Terdapat (3) keadaan yang menyebabkan seseorang Raja sesebuah Negeri dalam Malaysia tidak layak dipilih untuk memegangnjawatan Yang di-Pertua Agong

  1. Nyatakan tiga (3) keadaan tersebut dan peruntukkan berkaitan ( 9 markah )
  2. Nyatakan jumlah undi Majlis Raja-Raja yang mencukupi untuk memilih Yang di-Pertua Agong (5 markah )
  3. Semua Raja bagi negeri-negeri dalam Malaysia menerima gaji sebagaimana diperuntukkan oleh Perlembagaan Negeri masing-masing. Jelaskan samada seseorang Raja masih boleh diberikan gaji sebagaimana diperuntukkan oleh Perlembagaan Negeri setelah dilantik menjadi Yang di-Pertua Agong ( 5 markah )

b) Atas permintaan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju untuk memberikan buat selama-lamanya sebidang tanah Kerajaan Negeri yang telah dirizabkan sebelum itu maksud kegunaan Kerajaan Persekutuan. Walau bagaimanapun Kerajaan Persekutuan telah diminta oleh Kerajaan Negeri Selangor supaya membayar premium tanah tersebut terlebih dahulu.

Jelaskan jumlah premium tanah yan perlu dibayar oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Selangor ( 6 markah ) 

Selamat mencuba..

contoh soalan PSL N27 tahun 2014 bahagian 1 samb..


Assalamualaikum w.b.t

contoh soalan PSL n27 tahun 2014 bahagian 1 perintah am arahan perbendaharaan tatacara pengurusan stor

 

Sambungan bahagian 1

Soalan 5

Daripada semakan kewangan yang dibuat,didapati satu lebihan pembayaran telah dibuat kepada en.Hashimi berikutan urusan kenaikan pangkatnya ke gred M44.En.Hashimi telah menerima bayaran tersebut dengan suci hati.Tuntutan telah dibuat kepada beliau dan beliau memohon untuk membayar secara ansuran.

  1. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘menerima bayaran tersebut dengan suci hati’ dalam pernyataan di atas? [5 markah]

  2. Bolehkah permohonan e.Hashimi di pertimbangkan? [3 markah]

  3. Jelaskan tatacara permohonan pembayaran secara ansuran tersebut ? [12 markah]

Soalan 6

a) Jabatan ZMS bercadang untuk melaksanakan pensrukturan semula organisasi.Selepas melakukan semakan,didapati 10 perjawatan di pelbagai gred yang masih kosong di jabatan ZMS.Sehubungan itu,jabatan tersebut bercadang untuk mengisi kekosongan tersebut agar penstrukturan semula organisasi dapat dilaksanakn dengan lancar.

Siapakah yang boleh meluluskan perbelanjaan yang melibatkan pengisian jawatan? Jelaskan peraturan-peraturan yang tertakluk dalam hal ini. [10 markah]

b) Huraikan dua (2) kategori wang amanah di mana kerajaan tidak berhak mendapat faedah sebagai empunya dan berhak mendapat faedah sebagai empunya. [10 markah]


Soalan 7

Di antara objektif proses penerimaan adalah untuk memastikan setiap barang-barang stor yang diterima menepati spesifikasi yang ditetapkan dan menentukan agar kualiti dan kuantiti sebenar barang yang diterima mengikut pesanan.

a) Nyatakan dokumen yang perlu di semak dan disediakan oleh Pegawai Penerima atau Pegawai Stor semasa proses penerimaan barang-barang stor dari pembekal. [ 10 markah]

 

b) Puan Hafizah,Pegawai Penerima di Jabatan Farmasi telah menerima barang-barang yang dilabelkan seperti di atas.Jelaskan tindakan penerimaan ,penyimpanan dan pengeluaran stok tersebut [ 10 markah]


Soalan 8

Encik Rahman telah disarankan untuk menguruskan stor di jabatan beliau.Semasa mengambil alih stor berkenaan beliau mendapati terdapat kesukaran dalam urusan menyimpan dan mengeluar stok.

a) Nyatakan tindakan yang perlu diambil bagi mengatasi masalah tersebut [5 markah]

b) Apakah keadaan yang membenarkan Letakan Stok Tetap tidak diperatikkan? [5 markah]

c) Bagi memastikan ruang stor digunakan sepenuhnya,nyatakan faktor-faktor yang perlu diambil kira.

[ 4 markah]

d) Jelaskan prosedur penstoran Barang-Barang Berharga Dan Menarik [ 6 markah]

1 contoh soalan PSL 2014 bahagian 1

2. contoh soalan PSL 2013 bahagian 1

3. contoh soalan PSL 2013 bahagian 2

4. contoh soalan PSL 2013 bahagian 3

5. untuk pendaftaraan peperiksaan PSL N27 2015

Luahkan apa saja,yang penting enjoy

contoh soalan PSL N27 tahun 2014 bahagian 1

Assalamualaikum w.b.t

Kepada  mereka yang terlibat dengan peperiksaan PSL N27 (sebelum nie KPSL N27),khaty ada sedikit perkongsian soalan untuk dibaca bersama..khaty akan kongsi secara berperingkat(mana yang ada je la..ngeee)


Soalan 1

a) Jelaskan perbezaan dia antara ‘kenaikan pangkat’ ‘pemangkuan’ dan ‘penanggungan kerja’   [6 markah]

b)Jelaskan aspek-aspek yang diambil kira oleh lembaga kenaikan pangkat semasa menimbang urusan kenaikan pangkat  [10 markah]

c) Puan Azlinda adalah seorang ketua Penolong Pengarah Gred M48 di Kementerian Pertanian Industri Asas Tani Malaysia telah ditawarkan untuk berkhidmat secara pinjaman di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia selama dua tahun mulai 16.01.2013 sehingga 15.01.2015.Pada bulan Jun 2014,satu urusan kenaikan pangkat pegawai-pegawai M48 telah dilaksanakan dan Puan Azlinda termasukdalam senarai pegawai-pegawai yang dikenal pasti untuk dinaikan pangkat.

Adakah Puan Azlinda layak dipertimbangkan untuk dinaikkan pangkat dalam perkhidmatan asalnya walaupun beliau telah dipinjamkan untuk bertugas di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia?Berikan alasan anda  [4 markah]

Soalan 2

Puan Rozita seorang Pegawai Ekonomi Gred E44 di Kementerian Pelancongan telah diarahkan  menghadiri bengkel di Terengganu mulai 26 Mac 2014 sehingga 29 Mac 2014.Beliau telah diberi kebenaran untuk membawa kereta sendiri dan Ketua Jabatannya telah mengarahkan beliau singgah di Kuantan,Pahang bagi menghadiri Majlis Penutupan  Kursus Mentor dan Menti pada 30 Mac 2014.

Puan Rozita telah memohon Pendahuluan Diri  bagi menampung perbelanjaan menghadiri tugas rasminya itu.Semasa dalam perjalanan pulang keretanya telah rosak dan beliau telah dikenakan bayaran rm450.00 bagi kos memperbaiki keretanya itu.

a) Terangkan jenis-jenis elaun yang layak dituntut oleh Puan Rozita   [8markah]

b) Huraikan syarat-syarat yang melayakkan Puan Rozita dibayar pendahuluan diri  [8 markah]

c) Jelaskan sama ada Puan Rozita layak menuntut bayaran balik sebanyak rm450.00 bagi kos  memperbaiki keretanya  [4 markah]


Soalan 3

a) Pada 27 Mac 2011 jam 6.00 petang,Encik Ahmad seorang Pegawai Tadbir Negeri Gred N41 telah mendapat berita kematiannya ibunya  kerana terjatuh di bilik air akibat serangan angin ahmar (stroke).Sebagai pegawai kerajaan beliau layak diberi kemudahan cuti tertentu (khusus bagi kes seumpamanya) dengan tempoh dan syarat-syarat yang ditetapkan.

  1. Jelaskan jenis dan tempoh cuti yang Encik Ahmad layak  [2 markah]

  2. Bilakah tarikh cuti Encik Ahmad berkuatkuasa dan nyatakan syarat-syaratnya  [10 markah]

b) Encik Amir telah diluluskan untuk bercuti rehat di luar negara pada 1 januari 2014 sehingga 10 Januari 2014.Pada 9 Januari 2014 ,beliau telah jatuh sakit dan dimasukkan hospital selama 5 hari.

  1. Adakah pegawai tersebut layak mendapat cuti sakit?

  2. Jelaskan peraturan jika seorang pegawai jatuh sakit semasa bercuti rehat di luar negara [8 markah]

Soalan 4

Encik Robert merupakan pegawai kanan di jabatan,dia didapati sering tidak hadir tanpa cuti dan tidak berada di tempat dia bertugas semasa waktu bekerja.Encik Chong,penyelia Encik Robert segan untuk menegur Encik Robert kerana Encik Robert pernah menolongnya meminjamkan wang sewaktu dia dalam kesusahan.

a)Sebagai penyelia,apakah tugas Encik Chong bagi memastikan pegawai bawahannya patuh kepada peraturan pejabat.Nyatakan rujukan berkaitan [5markah]

b) Bolehkah Encik Chong dikenakan tindakan tatatertib.Sila jelaskan [5markah]

c) Bolehkah Encik Chong meminjam wang dari Encik Robert.Jelaskan [5markah]

d) Peraturan apakah yang dirujuk sekiranya tindakan tatatertib hendak diambil terhadap Encik Robert [5 markah] 

Sambungan di entry yang seterusnya….

 Jika anda semua ada sebarang cadangan atau jawapan,boleh kongsi ya,khaty kena cuba lagi tahun nie sebab paper 1 dan paper 3 kandas..

  1. contoh soalan PSL N27 tahun 2013 bahagian 1

  2. contoh soalan PSL N27 tahun 2013 bahagian 2

  3. contoh soalan PSL N27 tahun 2013 bahagian 3

  4. mohon peperiksaan PSL N27 2015

     

    Luahkan apa saja,yang penting enjoy



exam : contoh soalan peperiksaan BITK

Assalamualaikum w.b.t…

KANDAS..tertera diatas slip yang telah di cetak dari AG..huhuhuhu,kena cuba lagi tahun 2015..Peperiksaan BITK ini bertujuan untuk menambahkan lagi ilmu dan kefahaman penjawat awam dalam bidang kewangan serta bagi menambahkan lagi elaun dari rm40.00 kepada RM80.00 kepada penjawat awam yang berada di gred W..soalan yang diberikan berbentuk objektif,tetapi khaty dah masuk kali ke-4 masih belum ada rezeki untuk lulus..so,khaty akan share sikit diantara jenis-jenis soalan yang berkaitan pada tahun 2014..

– Objek lanjut

– AP 95

– Perbelanjaan pembangunan

– Dasar sedia Ada

-Asas Akruan

– Perbelanjaan tanggungan

– Paras stok ( buat pesanan baru )

– Pembayaran pukal

– Jumlah charge transaksi e-perolehan

– Tanda tangan kontrak

– Gagal laksana projek

– Akaun amanah boleh ditutup sekiranya..

– Kaedah pengiraan untuk mendapatkan Baki Bersih/ Kemaskini buku akuan amanah

– Pegawai yang tidak layak mendapat Elaun Bantuan Sara Hidup

– Elaun Penceramah

– Pengiraan pelarasan gaji

Kepada calon2 untuk 2014 di harap ramai yang lulus,untuk yang nak mencuba di tahun hadapan,

Boleh daftar peperiksaan di sini

Luahkan apa saja,yang penting enjoy 

contoh soalan KPSL N27 tahun 2013 bahagian 2

Hai semua,lg 2 minggu ja nak exam..huhhuhu..nie bahagian 2 yang khaty dah lulus..kot2 la ada yang bw nak ambik,boleh la study ckit2 kan…

  





Good luck untuk semua ya…
Thank you bab singgah kat sini..

contoh soalan KPSL N27 tahun 2013 bahagian 3

Hai semua,exam kpsl 2014 makin hampir.Dah banyak ka persedian yang di lakukan?Di sini khaty ingin berkongsi beberapa soalan tahun 2013.

Bahagian 3

Soalan 2
(a) Selepas bersara daripada perkhidmatan Kerajaan,Encik Halim berkahwin semula setelah isteri pertama beliau meninggal dunia dan melalui perkahwinan kedua tersebut beliau telah dikurniakan dengan seorang anak perempuan bernama Khadijah.Selepas 16 tahun bersara daripada Perkhidmatan Awam,Encik Halim telah meninggal dunia akibat kemalangan.

Jelaskan sama ada Khadijah yang pada ketika itu berumur 12 tahun layak menerima pencen arwah ayahnya. ( 10 markah )

(b) Encik Tajul seorang pesara Kerajaan yang sedang menerima pencen bulanan telah disabitkan dengan satu kesalahan jenayah dan telah dijatuhkan hukuman. 

1) Jelaskan samada Encik Tajul masih berhak menerima pencen bulanan beliau.  
( 8 markah)

2) Sekiranya Encik Tajul masih mendapat pengampunan,jelaskan samada pencen beliau boleh diberi semula dengan kuatkuasa kebelakangan ke tarikh beliau disabitkan dengan hukuman mati. ( 7 markah )

Soalan 3

Encik Affandi,seorang pengarah Syarikat Maju Jaya bercadang untuk menghadiri majlis keraian sahabat baik beliau di Bandung,Indonesia pada bulan Disember 2012.Walau bagaimanapun,beliau baru sahaja dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM4,000 di bawah seksyen 43 (2) Akta KWSP 1991 di atas kegagalan untuk membuat caruman bulanan bagi pekerja-pekerja syarikat beliau sejak dari bulan Februari hingga Mei 2012

(a) Adakah Pengurus Besar KWSP boleh menghalang Encik Affandi daripada meninggalkan Negara?Nyatakan peraturan yang berkaitan. ( 15 markah )

(b)  Apakah yang perlu dilakukan oleh Encik Affendi bagi membolehkan beliau menghadiri majlis keraian tersebut. ( 10 markah )

Soalan 5

(a) Encik Haris merupakan seorang Pembantu Tadbir di jabatan XYZ.Beliau telah bernikah dengan dua orang isteri secara sah.Walau bagaimanapun,pernikahan kedua beliau telah dirahsiakan daripada pengetahuan rakan taulan termasuk isteri pertama beliau.Tidak berapa lama kemudian,Encik Haris telah meninggal dunia.Akibatnya,maklumat mengenai balu kedua Encik Haris tidak disertakan dalam dokumen persaraan untuk tujuan proses pemberian faedah-faedah terbitan.Hanya setelah 3 tahun selepas itu,barulah balu kedua memohon pencen terbitan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam.

Layakkah balu kedua Encik Haris diberi faedah-faedah terbitan dan bagaimana pula dengan pemberian faedah terbitan kepada balu pertama? ( 10 markah )

(b) Jika seandainya seorang pegawai yang meninggal dunia dalam perkhidmatan tidak mempunyai isteri,anak atau ibu bapa,kepada siapakah faedah terbitan itu akan disalurkan?
( 10 markah )

(c) Akibat daripada bencana alam yang berlaku di Johor,terdapat beberpa penjawat awam yang telah meninggal dunia dalam perkhidmatan.Walau bagaimanapun pemprosesan faedah-faedah terbitan tidak dapat dilakukan kerana dokumen dan rekod perkhidmatan penjawat awam yang meninggal itu telah musnah.Apakah bentuk faedah atau pemberian yang boleh diberikan kepada orang tanggungan mereka? ( 8 markah )

Soalan 6

Encik Wow telah menjalakan perniagaan kraftangan atas nama MAI Enterprise sebaik sahaja ia didaftarkan di Pendaftar Perniagaan (ROB) kira-kira 6 bulan yang lalu.Perniagaan itu dibantu secara sukarela oleh Cik Cun adik Encik Wow yang berkelulusan Diploma Pengurusan Perniagaan.Atas perasaan belas kasihan,Encik Wow juga telah mengupah lima orang remaja daripada sekumpulan keluarga fakir miskin di kampungnya yang berumur di antara 13 tahun hingga 15 tahun untuk membantu perniagaannya selama ini.

(a) Encik Wow kini berada dalam keadaan ketakutan kerana seorang rakannya memberitahu bahawa beliau boleh didakwa di bawah Akta KWSP 1991 kerana kegagalannya memberitahu Lembaga KWSP tentang pendaftaran MAI Enterprise tidak lewat daripada 30 hari dari tarikh pendaftaran MAI Enterprise itu.Adakah anda bersetuju bahawa Encik Wow telah melakukan kesalahan tersebut?Berikan justifikasi anda.
( 10 markah )

(b) Encik Wow bercadang menukar nama eniti perniagaannya daripada MAI Enterprise kepada MY Handicraft Sdn. Bhd dan mendaftarkannya di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Kta Syarikat 1965.Selaras dengan itu,Encik Wow keliru sama ada beliau perlu membayar caruman bulanan KWSP bagi enam orang pembantunya iaitu Cik Cun dan lima remaja berkenaan.
Apakah nasihat anda kepada Encik Wow berhubung kekeliruannya itu?Berikan justifikasi anda. ( 15 markah )


Ok..selamat berjaya untuk tahun 2014 termasuk la khaty.ahaks…

contoh soalan KPSL N27 tahun 2013 bahagian 1

Hai semua,exam kpsl 2014 makin hampir.Dah banyak ka persedian yang di lakukan?Di sini khaty ingin berkongsi beberapa soalan tahun 2013.

Bahagian 1 

 Soalan 2
a) Proses penyedian baucer bayaran melibatkan tiga tindakan iaitu penyedian,perakuan 1 dan perakuan 2.
Nyatakan lima (5) tanggungjawab pegawai yang memperakukan baucer            ( 5 markah )

b) Apakah kawalan dalaman yang perlu diambil perhatian dalam proses penyediaan baucer secara manual atau elektronik di Pusat Tanggungjawab,Kementerian/Jabatan Kerajaan.                                                                                                             ( 15 markah )

Soalan 3
a) Encik Kamal yang bertugas di Bahagian Bekalan,Kawalan dan Akaun telah menerima empat (4) salinan KEW.PS-10.Nyatakan tindakan yang patut diambil.                                                                                                                 ( 5 markah )
b) Encik Yong yang bertugas di Stor Unit telah menerima satu (1) salinan KEW.PS-11.Nyatakan tindakan yang patut di ambil                                                                                                                     ( 5 markah )
c) Puan Mala telah membuat pesanan 300 kotak paracetamol kepada Stor Pusat tetapi malangnya stok berkenaan tidak dapat di bekalkan kepada beliau.Apakah tindakan yang patut di ambil?                                                                                                       ( 5 markah )
d) Encik Rizal baru mengambil alih tugas Pegawai Stor di stor alatulis.Beliau mendapati sistem pengeluaran stok berkenaan tida teratur yang mana terdapat pengeluaran stok tanpa kebenaran,tidak mengikut kuantiti yang dipesan dan terdapat stok yang telah lama disimpan tidak dikeluarkan.Apakah sistem yang patut diamalkan bagi mengatasi masalah ini.                                                                                                                         ( 5 markah )

Soalan 4
Puan Merlissa seorang Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 yang berkhidmat di sebuah kementerian selama 10 tahun,telah dipinjamkan ke Perbadanan Putrajaya selama dua tahun.Semasa berkhidmat di Perbadanan Putrajaya,beliau telah tidak dipertimbangkan dalam urusan kenaikan pangkat oleh Ketua Perkhidmatannya walaupun telah memenuhi semua syarat yang telah di tetapkan.Lantaran itu,beliau mengambil keputusan untuk meletak jawatan.
a) Adakah tindakan Ketua Perkhidmatan Puan Merlissa yang tidak menimbang kenaikan pangkat beliau itu betul?Berikan alasan anda                                                      ( 6 markah )
b) Jelaskan prosedur bagi meletak jawatan Puan Merlissa                                  ( 8 markah )
c) Bilakah perletakan jawatannya berkuat kuasa dan bolehkah peletakan jawatannya itu di tarik balik                                                                                                               ( 6 markah )

Soalan 5 
Puan Bee sebagai Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 di Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Selangor telah diarahkan menghadiri satu mesyuarat anjuran Kementerian dalam Negeri (KDN) di salah sebuah hotel di Kuantan,Pahang pada 16 hingga 19 September 2012.Beliau memulakan perjalanan dengan menaiki teksi dari rumahnya si Shah Alam pada jam 8.00 pagi menuju ke tempat berkumpul di ruang legar KDN,Putrajaya.dari KDN beliau dibawa ke lokasi mesyuarat dengan menaiki bas bersama peserta-peserta lain dan sampai di lokasi pada jam 1.00 petang.Setelah mesyuarat tamat beliau dan peserta-peserta lain dibawa pulang dengan meniki bas dan sampai di KDN,Putrajaya pada jam 5.00 petang.Dari Putrajaya baliau menaiki teksi balik kerumah kadarnya     ( di mana berkaitan) dan sampai di rumah kediaamannya pada jam 6.15 petang.

Hanya kemudahan penginapan di hotel dan pengangkutan bas sahaja yang disediakan oleh penganjur
a) Jelaskan jenis-jenis alaun yang tidak layak dituntut oleh Puan Bee beserta kadarnya
 ( di mana berkaitan ) bagi kes di atas.                                                               ( 12 markah )
b) Nyatakan syarat-syarat yang perlu dipatuhi untuk membyua tuntutan-tuntutan berikut
     1) Belanja Dobi                                                                                                 ( 3 markah)
     2) Elaun PakaianPanas                                                                                    ( 5 markah)

Soalan 7
(a) Puan Sofea,telah diarahkan oleh Ketua Jabatannya supaya menjalankan tugas Encik Adril yang akan menunaikan fardhu haji selama 40 hari.Ini adalah kali pertama Puan Sofea menjalankan tugas tersebut
(1) Nyatakan elaun yang boleh dibayar kepada Puan Sofea dan syarat bagi mendapatkan elaun  tersebut                                                                                                     ( 5 markah )
(2) Pada hari ke-15 menjalankan tugas,Puan Sofea dipanggil unuk temuduga kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi.Adakah beliau masih layak menerima elaun tersebut?Berikan alasan anda                                                                              ( 5 markah )
                                                                                 
                                                                                                                                     
(b) Encik Edwarad,seorang pegawai Kerajaan telah berkhidmat selama 22 tahun.Beliau mempunyai isteri yang sedang sakit dan memerlukan penjagaan rapi.Cuti rehat yang berkelayakan telah pun dihabiskan.Bagi menjaga isterinya,beliau bercadang mengambil cuti lain yang berkelayakan.

Jelaskan kemudahan cuti lain yang beliau berkelayakan.                                                                                                                                                                            ( 5 markah )

(c) Encik Arif,seorang Pembantu Perubatan di Pejabat Kesihatan Alor Gajah,Melaka telah dipilih sebagai jurulatih sepak takraw bagi persediaan pasukan Melaka menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) akan datang.Untuk tujuan latihan di luar Negeri Melaka,Encik Arif terpaksa bercuti.

Apakah jenis cuti yang boleh diberikan dan nyatakan kadar dan syarat-ayaratnya?                                                                                                            ( 5 markah )
                                                                                                                 

Soalan 8
Cik Huda telah dilantik sebagai Pegawai Aset di Jabatan anda mulai 1.7.2012.Sebagai orang baharu,beliau memerlukan tunjuk ajar dan telah memohon anda untuk memberi taklimat mengenai hapuskira yang dipohon oleh Bahagian Pentadbiran berikutan kehilangan komputer riba ketika mengendalikan seminar di Hotel Shangri-la Putrajaya pada 15.1.2012 yang lalu.Laporan polis dibuat pada 8.4.2012 di Balai Polis Putarjaya dan laporan awal (J) telah disediakan oleh pegawai yang meminjam komputer riba tersebut.

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan hapuskira?Jelaskan apakah tindakan-tindakan yang perlu dilakukan oleh Cik Huda selepas laporan kehilangan diterima.               ( 16 markah )                                                                                                                                
(b) Nyatakan kesalahan yang telah dilakukan oleh Jabatan anda berhubung dengan kes di atas                                                                                                                        (4 markah )

Ok..selamat berjaya untuk tahun 2014 termasuk la khaty.ahaks…