Program MAGGI® Bubur Lambuk Langkah Seterusnya dalam Program Bantuan Nestlé Cares Covid19 - KhatyAiman Program MAGGI® Bubur Lambuk Langkah Seterusnya dalam Program Bantuan Nestlé Cares Covid19 - KhatyAiman
Textual description of firstImageUrl

Program MAGGI® Bubur Lambuk Langkah Seterusnya dalam Program Bantuan Nestlé Cares Covid19

khatyaiman | 5/19/2020 05:00:00 pm | 2 Komen

Mengagihkan 120,000 Bubur Lambuk berkhasiat dan 20,000 Pek Makanan kepada masyarakat kurang bernasib baik

PETALING JAYA, 19 Mei 2020 – Berbekalkan semangat Ramadan, MAGGI® menyediakan makanan untuk lebih 120,000 rakyat Malaysia sepanjang bulan puasa. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada sumbangan RM15 juta Nestlé Malaysia dalam usaha membantu memerangi wabak Covid-19 di bawah inisiatif Nestlé Cares selaras dengan komitmen Syarikat untuk menyokong rakyat Malaysia pada masa yang mencabar ini.
Program MAGGI® Bubur Lambuk Langkah Seterusnya dalam Program Bantuan Nestlé Cares COVID-19  Mengagihkan 120,000 Bubur Lambuk berkhasiat dan 20,000 Pek Makanan kepada masyarakat kurang bernasib baik


 Sudah menjadi satu tradisi yang diamalkan MAGGI® sejak bertahun-tahun lamanya untuk mengagihkan makanan tradisional MAGGI® bubur lambuk kepada orang ramai untuk berbuka puasa pada bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Tahun ini, lebih 120,000 mangkuk MAGGI® bubur lambuk diagihkan bersama 20,000 Pek Makanan dan Minuman Nestlé kepada keluarga B40 dan para pelajar, masyarakat kurang bernasib baik yang meliputi rumah-rumah kebajikan dan rumah anak yatim, petugas penjagaan kesihatan serta petugas barisan hadapan yang lain termasuk Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera yang memainkan peranan penting dalam perjuangan negara kita menentang pandemik.  
 
Program MAGGI® Bubur Lambuk Langkah Seterusnya dalam Program Bantuan Nestlé Cares COVID-19  Mengagihkan 120,000 Bubur Lambuk berkhasiat dan 20,000 Pek Makanan kepada masyarakat kurang bernasib baik


Cik Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan, MAGGI®, Nestlé (Malaysia) Berhad, berkata, “Kami bertuah kerana dapat meneruskan usaha kami untuk mengagihkan makanan berkhasiat kepada rakyat Malaysia. Walaupun ini adalah inisiatif tahunan MAGGI® yang diadakan sepanjang bulan puasa, tetapi tahun ini dilihat lebih penting bagi kami untuk menyumbang kepada mereka yang memerlukan, dan juga menunjukkan penghargaan kami kepada petugas barisan hadapan yang bekerja keras pada masa sukar sekarang.

Program MAGGI® Bubur Lambuk Langkah Seterusnya dalam Program Bantuan Nestlé Cares COVID-19  Mengagihkan 120,000 Bubur Lambuk berkhasiat dan 20,000 Pek Makanan kepada masyarakat kurang bernasib baik

 


Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad Encik Juan Aranols menambah, “Ini adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk menyokong masyarakat yang  memerlukan sebagai sebahagian daripada program bantuan Nestlé Cares Covid-19 kami. Sesungguhnya ini sangat bermakna bagi kami. Ramadan merupakan masa untuk menunjukkan belas kasihan dan bersedekah. Kami berharap usaha dari MAGGI ini akan memberi perbezaan positif bagi banyak pihak, begitu juga inisiatif lain dalam persiapan di bawah jenama kami yang berbeza. Semuanya akan terus mencerminkan matlamat Nestle untuk meningkatkan kualiti hidup dan menyumbang kepada masa depan yang lebih sihat, serta komitmen khusus kami untuk menyokong keluarga Malaysia di saat-saat memerlukan ini.” 

Program MAGGI® Bubur Lambuk Langkah Seterusnya dalam Program Bantuan Nestlé Cares COVID-19  Mengagihkan 120,000 Bubur Lambuk berkhasiat dan 20,000 Pek Makanan kepada masyarakat kurang bernasib baik

Program MAGGI® Bubur Lambuk Langkah Seterusnya dalam Program Bantuan Nestlé Cares COVID-19  Mengagihkan 120,000 Bubur Lambuk berkhasiat dan 20,000 Pek Makanan kepada masyarakat kurang bernasib baik

Bagi mencerminkan matlamat Kumpulan untuk meningkatkan kualiti hidup dan menyumbang kepada masa depan yang lebih sihat, Nestlé terus komited dalam memainkan peranannya untuk membantu rakyat Malaysia menempuhi masa-masa yang sukar ini melalui inisiatifnya yang pelbagai.

2 comments:

KhatyAiman © . Designed by MaisarahSidi.com