Rambut Kekal Wangi, Sihat Dan Bersinar Dengan Rangkaian Terbaru Dari Safi Shayla - KhatyAiman Rambut Kekal Wangi, Sihat Dan Bersinar Dengan Rangkaian Terbaru Dari Safi Shayla - KhatyAiman
Textual description of firstImageUrl

Rambut Kekal Wangi, Sihat Dan Bersinar Dengan Rangkaian Terbaru Dari Safi Shayla

khatyaiman | 3/06/2020 05:00:00 pm | 3 Komen

Rambut Kekal Wangi, Sihat Dan Bersinar Dengan Rangkaian Terbaru Dari Safi Shayla

Rambut sentiasa menjadi perkara penting untuk di jaga. Jangan di anggap remeh ya. Tambahan pula bagi wanita yang bertudung, akan berlaku suatu keadaan di mana, kepala berbau masam akibat peluh yang terkumpul di sekeliling tudung tersebut. Sangat tidak selesa kan. Sebenarnya, makin banyak cuba makin susah nak buat pilihan. Safi Shayla Botanical Silk tiba-tiba dating merungkai kekusutan fikiran dalam mencari produk yang sesuai untuk masalah rambut yang terjadi.
Rambut Kekal Wangi, Sihat Dan Bersinar Dengan Rangkain Terbaru Dari Safi Shayla

 

Sebenarnya, Safi Shayla Botanical Silk ini diperkaya dengan nutrien  yang diperlukan oleh keseluruhan  rambut seperti Organic Habbatus Sauda di  mana ianya dapat melindungi dan menyuburkan kulit kepala. Minyak Argan pula akan membuatkan rambut kelihatan lembut bagai sutera , wangi seharum bunga dan ringan seperti angin supaya mudah untuk diurus. Selain itu, istimewanya Safi Shayla Botanical Silk ini ialah adalah ianya focus untuk  memelihara rambut dari akar  umbi hingga ke hujung rambut dan dipercayai 100% dari bahan Botanical Aktif dan 0 parabens. Apa yang membuatkan khaty jatuh hati dengan Safi Shayla Botanical Silk nie, keharumannya kekal sehingga 48 jam. Ternyata ianya benar, Sewaktu buka tudung bila tangan selak rambut, tenang sahaja dengan bau wangi yang masih kekal itu.
 



Safi Shayla Botanical Silk mempunyai tiga variasi terbaru iaitu Hair Fall Rescue, Intense Nourishment dan juga Silky Sheen Care mengikut jenis masalah rambut yang dialami oleh setiap pengguna. Contohnya khaty memang mempunyai masalah rambut gugur yang teruk selepas melahirkan anak, kelumumur juga tidak ketinggalan. Buka setakat itu sahaja, kulit kepala juga agak berminyak dan hujung rambut mesti bercabang Kombinasi yang yang kurang baik , jadi misinya adalah mencari syampoo yang terbaik. Ketiga-tiga variasi ini yang khaty lihat sangat menitikberatkan mengenai bau dan tekstur yang tidak melekit dan susah untuk di cuci. Sebab itu sekali cuba jatuh hati terus.

Safi Shayla Botanical Silk Hair Fall Rescue  ( RM20.90/480g )


Rambut Kekal Wangi, Sihat Dan Bersinar Dengan Rangkain Terbaru Dari Safi Shayla
Bagi anda yang mengalami  masalah rambut gugur atau rapuh . Safi Shayla Botanical Silk Hair Fall Rescue  ini memang sesuai sangat untuk anda. Ianya diperkaya dengan protein mikro yang menembusi secara intensif serta mengukuhkan dan memperbaiki struktur rambut . Tambahan lagi, khasiat dan kebaikan minyak bunga matahari yang terdapat dalam shampoo ini juga dapat  membantu menguatkan penghidratan dan membentuk lapisan pelindung pada permukaan rambut bagi mengelakkan rambut gugur serta menjadikan rambut lebih kuat dan sihat.

Safi Shayla Botanical Silk Intense nourishment  ( RM20.90/480g )

 
Safi Shayla Botanical Silk Intense nourishment  sangatsesuai kepada anda yang menghadapi masalah rambut kering dan kasar. Ianya di perkaya dengan hidra lembab yang mana memberikan khasiat mendalam sebagai sokongan untuk  memperbaiki masalah rambut kering dan kasar. Terdapat juga  minyak chamomile dimana fokusnya untuk membantu memulihkan  dan menjadikan rambut kelihatan lembut ,lebih sihat dan bersinar. 

Safi Shayla Botanical Silky Sheen Care  ( RM20.90/480g )

 
Rambut Kekal Wangi, Sihat Dan Bersinar Dengan Rangkain Terbaru Dari Safi Shayla
Rambut tidak terurus memang agak sukar nak bendung kan. Lepas itu kurang bersinar atau bercahaya rambut, Nampak sebam kan. Nak pula kena angin , faham-faham sajalah. Safi Shayla Botanical Silky Sheen Care  ini anda boleh cuba dahulu dan lihat bagaimana ia bertindak. Dikatan khasiat dari minyak rose mempunyai penambah lapisan lipid yang dapat membantu memulihkan kelembapan semulajadi serta menjadikan rambut kelihatan sihat dan bersinar bak sutera serta mudah untuk diurus.

Rasa teruja sangat kan melihat syampoo terbaru dari Safi Shayla ini. Dengan bau harum yang tahap dewa, tekstur yang mudah di bilas dan terasa puas apabila di cuci. Harga yang berpatutan juga memberi anda ruang untuk memilih yang mana boleh anda cuba mengikut masalah rambut yang di hadapi. Alhamdulillah, khaty suka semuanya kerana, khaty mempunya masalah kombinasi, jadi boleh bertukar bila-bila masa yang khaty suka. 

Benar biar kita setia pada yang satu, tetapi jika ada pilihan kenapa tidak mencuba. Ianya juga  alah untuk kebaikan , keselesaan serta membina keyakinan diri dengan lebih bagus. Bertudung bukan lagi menjadi suatu masalah untuk bau, dan keadaan rambut. malah ianya tidak terjejas selagi kita masih tidak lupa akan tugas untuk menjaga diri masing-masing.

Bagi anda  yang memang  teringin sangat hendak cuba atau nak dapatkan Safi Shayla Botanical Silk, boleh dapatkan di pasaraya  berdekatan dan semua rangkaian farmasi seperti Guardian dan Watson serta platform online seperti Lazada dan Shopee.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk terbaru Safi, anda boleh lah layari laman web rasmi Safi Malaysia di :
 

3 comments:

  1. memang best. mek pun dah cuba shampoo safi shayla botanical silk ni. puas hati sebab rambut tak bau kepam dah bila seharian bertudung.

    ReplyDelete
  2. sesuai tak untuk orang yang bertudung agaknya

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum sis Khaty Aiman , Selamat hari jumaat. Jemput sertai giveaway mac dengan 16 hadiah wang tunai terkumpul RM900.

    Sangat mudah untuk sertai. 5 minit dah boleh setel. KLIK SINI UNTUK SERTAI

    Jemput meriahkan ya. Kalau sambutan menggalakkan, boleh buat tiap tiap bulan.

    ReplyDelete

KhatyAiman © . Designed by MaisarahSidi.com