Serai Bukan Lagi Di buat Tom Yam, Tetapi Menjadi Penyedut Minuman Eco - KhatyAiman Serai Bukan Lagi Di buat Tom Yam, Tetapi Menjadi Penyedut Minuman Eco - KhatyAiman
Textual description of firstImageUrl

Serai Bukan Lagi Di buat Tom Yam, Tetapi Menjadi Penyedut Minuman Eco

khatyaiman | 1/17/2020 08:00:00 am | 8 Komen

Serai Bukan Lagi Di buat Tom Yam, Tetapi Menjadi Penyedut Minuman Eco


Tular di media sosial mengenai penggunaan serai sebagai pengganti straw, maka selepas ini akan terjadi permintaan serai semakin tinggi. Peluang baik buat para petani untuk meluaskan lagi tanaman serai yang sedia ada. Boleh meningkatkan jumlah pendapatan kan. Jika kebiasannya serai di letak dalam masakan, kini ianya muncul penyelamat untuk menyedut minuman. Sesuatu yang sangat baru dan segar. 
Serai Bukan Lagi Di buat Tom Yam, Tetapi Menjadi Penyedut Minuman Eco



 
Serai Bukan Lagi Di buat Tom Yam, Tetapi Menjadi Penyedut Minuman Eco

PENGGUNAAN serai sebagai penyedut minuman akan diperluaskan ke kafe hospital termasuk kepada pesakit bagi menggantikan straw plastik.
Cadangan itu dikemukakan Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Senator Datuk Husam Musa yang bersedia membekalkan serai kepada mana-mana pihak yang ingin menyahut saranan itu.
Beliau berkata, penggunaan serai sebagai penyedut minuman adalah sesuatu yang baru dan sebagai permulaan, beliau mewajibkan penggunaannya di semua kafe KADA.
“Tanaman serai mempunyai 27 jenis dan untuk penggunaan sebagai penyedut minuman, serai buluh adalah sesuai.

“Kita akan memajukan penggunaannya kepada kafe Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sama ada untuk digunakan oleh orang ramai atau pesakit kerana ia adalah bahan semula jadi.
“Tanamannya juga akan diperbanyakkan iaitu di sepanjang tebing tali air KADA dan dianggarkan lebih 10,000 rumpun sudah ditanam di Kampung Padang Halban,” katanya di Ladang Merdeka Senor, Pasir Mas, semalam.
Husam menyifatkan penggunaannya adalah dua dalam satu kerana lapisan luar saja dijadikan penyedut minuman manakala isi dalamnya dijadikan bahan masakan seperti biasa.
Katanya, beliau akan membuat surat rasmi kepada pihak HUSM, Kubang Kerian untuk kemukakan cadangan itu dalam masa terdekat memandangkan bekalan serai sangat banyak.
“Bagi pencinta alam sekitar, inisiatif serai sebagai penyedut minuman adalah amat bagus kerana dapat mengurangkan penggunaan bahan plastik,” katanya. ( cr : metro )

Berikutan isu serai yang semakin hangat di perkatakan, terbaca satu artikel dari surat khabar metro pada April 2019 yang mana ada satu kumpulan dari Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Behrangyang berjaya menghasilkan straw dari daun serai yang di kenali sebagai ‘BioSegar EcoStraw’. Jadi tak pelik lah kan. 
Serai Bukan Lagi Di buat Tom Yam, Tetapi Menjadi Penyedut Minuman Eco

“TIGA murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Behrang 2020 di Behrang, merangkul Anugerah Silver pada Festival Ciptaan Antarabangsa dan Inovasi Teknologi Hijau 2019 (i-Finog) di Universiti Malaysia Pahang (UMP), Gambang, Pahang, semalam.

Darwish El Farris Ahmad Zaini,10; Ahmad Thaqif Aisar Abd Hadi,11, dan Muhamad Aiman Azeze,12, memenangi anugerah itu melalui inovasi penyedut minuman bio yang dihasilkan daripada daun serai dan kertas bagi menggantikan penyedut minuman plastik.
Ketiga-tiga murid dibimbing guru Sains, Dr S Shantarasekaran itu, berjaya memenangi anugerah itu pada pertandingan yang turut disertai 338 pasukan antaranya dari Kazakhstan, India, Jerman, Indonesia dan Sudan
Shantarasekaran berkata, penyedut minuman semula jadi dikenali sebagai ‘BioSegar EcoStraw’ itu bersifat mesra alam dihasilkan melalui projek inovasi murid, bertujuan menggantikan penggunaan penyedut minuman plastik sedia ada.
“Penyedut minuman bio ini mudah dilupuskan jika dibuang kerana diperbuat daripada bahan semula jadi jika dibandingkan dengan penyedut minuman plastik.
“Walaupun gagal mengekalkan Anugerah Gold (Anugerah Emas) yang dimenangi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok, Kedah pada bulan lalu, namun ini tidak akan mematahkan semangat murid-murid sekolah ini untuk terus mencuba dalam pertandingan lain.
“Paling penting, mesej yang hendak disampaikan kepada masyarakat hari ini bahawa mereka mempunyai pilihan untuk menggunakan penyedut minuman yang lebih selamat dan mempunyai aroma yang unik,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Shantarasekaran berkata, penggunaan penyedut minuman bio itu juga dapat membantu mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar sekaligus memberikan pilihan kepada pengguna untuk terus menggunakan penyedut minuman mesra alam.” ( cr : metro )

Jadi kepada anda boleh cuba untuk menggunakan nya. Tengok macam mana rasa dan bau. Jika minum air O ok lagi, kalau bersusu dan berlemak manis macam mana ya?. Selamat mencuba.
 

8 comments:

  1. Abis laaa..serai dh jadi daya tarikan lepas ni..semua rumah kena tanam serai la lepas ni

    ReplyDelete
  2. Okay…nak jadi pengusaha serai laa.. Mesti ramai cari nanti kan..

    ReplyDelete
  3. bagus juga tu..keep green.. save the world. lepas ni nak tanam serai byk2 hee

    ReplyDelete
  4. Nasib lah ada tanam serai kat rumah nie.. boleh lah kalau nak pakai untuk keluarga sendiri nanti. Tapi kan.. Kak Sue suka ja bau serai..

    ReplyDelete
  5. Sebelum ni tak pernah sangka serai akan jadi penyedut minuman ?

    ReplyDelete
  6. Walaupun serai dijadikan penyedut minuman tapi dak mimi tetap jadikan serai bahan dalam masakan

    ReplyDelete
  7. numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
    ditunggu ya di dewapk^^^ 😉 😉 :*

    ReplyDelete
  8. Lebih sehat dari pada pakai sedotan plastik, hehe..

    ReplyDelete

KhatyAiman © . Designed by MaisarahSidi.com